Sunday, September 23, 2012

lesen nak kawen (^~^)


alhamdulillah kursus wajib sebelum kawen dah selesai..  sekarang dah ade lesen nak kawen..
ariTu  aku attend kursus kawen dekat masjid TTDI.. dengan Mr Teddy  laa.. baru syiiOok..kasi dua2 faham & baru  SEMANGAT^^.. kalau ustaz bagi contoh terkena batang hidung aku terus teringat kt mR Teddy,  aku usya dia dari jauh... pastu bole die flying kiss plak.. kihkihkih...

aku ni asik gelak jer ari awal sampai akhir..memang tak mengantuk laa..memang KELAKA & HAPPY sepanjang kursus..


dah ape tak nyer contoh2 dia bagi memang kelakar and berlaku zaman la nih... macam2 ragam kehidupan rumah tangga nih.. sampai kadang2 tu rasa macam tak cukup masa.. banyak diorang skip slide.. hahha^^
masa hari first berdebar2 pulak nak masuk kelas.. dup dap dup dap.. macam nak akad nikah jer ..kikiki~ tapi lepas abis je kelas rasa legaaaaa sangat... tapi…. Rase nak pergi je lagi..& lagi..memang BERBALOI &  BEST sgt2..

ooo kelas dekat TTDI ni memang every weekend ade.. sehari setengah jer kat sini..

sabtu  start pukul 2ptg-7ptg
ahad start pukul 8.30pg-4ptg


and penceramah dia memang hebat2.. ustazah pilihan astro oasis la... juru nikah siti nurhaliza n datuk K laa..
ustaz yang kasi kursus kawen kat lisa surihani n yusry laa (private course).. ustaz Al Kuliah (TV9)
and kat sini diorang ade bagi  buku "Memasuki Gerbang Perkahwinan".. ade yang aku dengar tempat lain bagi kertas fotostat jer.. sib baik dapat buku semangat sikit nak baca.. ;D


oh citer pasal bab makan plak... makan pagi, makan tengahari  (seDap wOo.. siap bOle ++ mamam ) kihkihkih.. and minum petang disediakan.. 



then next pulak nak pegi cek HIV plak... da set date ngan nurse da.. hihi..
tapi masa kelas nak habis tu.. ustazah dah wish kan selamat pengantin baru... rasa macam touching >,< and tak percaya (^~^) aku nak kahwin ke..??!... alhamdulillah.. dah sampai seru... :) hihiihiee...

Thursday, July 19, 2012

Petua Mengubat Hati Yang Luka

Petua Mengubat Hati Yang Luka
























 Lupakan Kenangan Pahit.
Mengaku sajalah yang anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


 Buang Sikap Risau.
Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


 Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati dan lain-lain. Sebenarnya anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Anda juga mungkin susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.


 Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?


 Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


 Hati Mesti ‘Keras’.
 Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Wednesday, June 27, 2012

cinta ;D

Jangan menyalahkan cinta, Cinta tidak pernah menyebabkan manusia sengsara, Sengsara itu hadir kerana cinta disalahguna, Disalahguna kerana tidak mengikut neraca & acuan Agama, Agama didasarkan atas nama cinta kepada Allah & Rasul-Nya, Rasul-Nya itulah penyebar cinta yang sempurna. Bercintalah kerana Allah & Rasul-Nya untuk siapa & apa sahaja kerana itulah sebenar² perasaan cinta. Cinta yang suci & bahagia ツ". Ya Allah...Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah,peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu ... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan. Ameenn ...

Friday, June 22, 2012

OST Dejavu Di Kinabalu - Butterfly.... suker lagu ni...!



sEkarAng ni..tiAp petAng mEsti baLik umAh cepAt jer pAs kEje..best la drAmA dejavu di KinAbaLu ni... hihii.. sUke2.. :D drAmA ni ala2 drAma koRea sUmmer senT PowN ADeR..hiihihihihii :D