Tuesday, January 1, 2013

setiA hingga hUjung nyAwa :D

Slot Akasia tv3: Setia Hujung Nyawa


Tiada insan  suci tanpa dosa masa lalu
Tiada insan yg berdosa gelap masa depannya

Slot akasia: Setia Hujung Nyawa
Jumlah episode: 28
Pelakon utama:  Amar Asyraff,Nelydia senrose, Ryzal Jaafar,Raja Emma,Cha-cha Maembong(adik Emma Maembong), Zila Bakarin
Adaptasi Novel: Setia Hujung Nyawa 



Sinopsis:




Photo: inilah Ersalina Imani dan Zain Hakimi, teraju utama drama Setia Hujung Nyawa... hasil cilok di twiter suhan movies...
Inilah Ersalina dan Zain dalam drama Setia hujung nyawa 
Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.

Watak:









Admya: 

Kata Rosyam Noor, drama ni akan memang lebih kurang sama dengan novel asal cuma akan ada penambahan utk jadikan drama ni lebih dramatik. tapi novel  ini memang best...

Lagu tema setia hujung nyawa


Photoshoot

Ryzal Jaafar sebagai Zakwan (abang Ersalina)

Nelydia sbg Ersalina



press conference

Thursday, December 13, 2012

Estee Lauder Blockbuster Set


remBat seMalam..beLi estee lauder blockbuster set... huhuu.. mEmang berBaloiii... !!!  lailailaiii.. :D  nAk bUat sEt hAntAran la cAmni.. mEriah siKit.. hihiii  :D

Cool shades palette
1. Pink Vanilla (Satin)
2. Moroccan Mint (Satin)
3. Peacock Blue (Shimmer)
4. Riviera Rose (Satin)
5. Ivory Slipper (Satin)
6. Lilac Whimsy (Satin)
7. Purple Passion (Satin)
8. Winkling Periwinkle (Satin)
9. Pink Tease Blush (Satin)
Warm shades palette
1. Pink Flash (Shimmer)
2. Enchanted Forest (Shimmer)
3. Ivy Envy (Satin)
4. Sugar Cube (Satin)
5. Nude Fresco (Satin)
6. Lavish Mink (Matte)
7. Sepia Sand (Satin)
8. Candy Crave (Satin)
9. Pink Kiss Blush (Satin)
Lipsticks & Lipgloss
Lipsticks – Peach Paradise (LE), Crystal Baby (Permanent), Berry Fizz (Permanent)
Lipgloss – Extravagant Pink (Permanent)
There are how-to cards for applying the make-up:-
The eye liner pencil in Onyx and lip pencil in Tawny:-
A red bag to carry it all:-

Sunday, December 9, 2012

HeaRtStRiNgs


HeaRtStRiNgs-K DraMa ReviEw




Assalammualaikum...
hari nih baru berkesempatan nak uat entry pasal drama nih..hehe..actually dh lama gak habis tgk drama nih tapi malas lagi nk uat review mengenainya...
Drama yg dimaksudkan adalah HeartStrings (2011) lakonan Park Shin Hye ngan Jung Yong Hwa..(sorry kalau salah eja nama diorang hehe).Ok bagi sape2 yg pernah tgk drama Korea yg bertajuk You're Beautiful/He Beautiful pastinya amat kenal pada hero dan heroin drama Heartstrings nih..betul kan!!!?sebab dalam cite tuh diorang gak yg berlakon cuma diorang x jadi pasangan kekasih dalam cite tuh sebab dalam cite You're Beautiful tuh Park Shin Hye jatuh cinta kat orang lain bukannya kat Jung Yong Hwa nih..kirenyer J.Y.Hwa nih bertepuk sebelah tangan la..kesian sgt ngan die hehe..dh la gentleman sume tapi direject plak..maka dengan itu ramai la peminat2 yg teringin nak tgk diorang bercinta sebab dlm drama sebelum nih cinta x kesampaian..maka lahirlah drama Heartstrings nih..
Drama Hearstrings ni berkisar kehidupan pelajar Kolej yakni menjejaki pelajar2 jurusan muzik,teater(seni/persembahan)..J.Y.Hwa yg memegang watak Lee Shin digilai seluruh pelajar kolej disebabkan ketampanannya dan die belajar dalam jurusan muzik moden gitu n ada band sendiri yg digelar "the Stupid"manakala Park Shin Hye pula memegang watak sebagai Lee Kyu Won seorang pelajar jurusan muzik tradisional yg juga mempunyai kumpulan muzik sendiri iaitu "the wind flower"(lau x silap la) dan tinggal bersama dgn datuknya yg agak konservatif.

Perkenalan Lee Shin ngan L.K.Won bermula dengan pertengkaran dan salah faham dan akhirnya mereka buat keputusan utk bertanding sesama sendiri untuk menentukan sape yg lebih hebat dalam bidang muzik..masing2 menetapkan syarat sape yg kalah kena jadi hamba/kuli selama sebulan..L.K.WON kalah dan die terpaksa menjadi kuli Lee Shin selama sebulan..apa saja yg disuruh Lee Shin..L.K.Won terpaksa buat..Hal ni secara x langsung telah membuatkan mereka sedikit rapat dan lama-kelamaan L.K.Won jatuh cinta pada Lee Shin..Lee Shin pula pada masa yg sama telah jatuh cinta pada pensyarah di kolej nya itu,dan turut menyedari yg L.K.Won ada hati padanya.Walaubagaimanapun Pensyarah berkenaan dah menolak cinta Lee Shin..dan menyebabkan dia kecewa kemudian dia pula menolak cinta L.K.Won dan menyuruh jgn mengganggunya lagi..L.K.Won kecewa namun tetap ambik berat terhadap L.Shin..dan sikap prihatin L.K.Won telah membuatkan hati L.Shin terbuka untuknya..Selain itu cite nih turut memaparkan suasana dan aktiviti untuk persembahan teater muzikal kolej dimana L.K.Won telah mengambil bahagian dan cuba mendapatkan watak utama..tapi disebabkan konspirasi yg timbul di pihak pentadbiran maka dia gagal menjadi watak utama.

Lebih kurang macam tula jln cite die..simple but sweet..aku suke time diorang bergaduh tuh n pastu aku suke gak cara L.K.Won yg cuba menyembunyikan perasaan cintanya dari diketahui Lee Shin..kelakar,walaupun dia buat2 marah dan sombong tapi perbuatannya menunjukkan yg die amat suka pd lee shin sampai L.Shin pun leh menganggak yg L.K.Won ada hati padanya..hehehe malu gilerrr...bygkan org yg kita suka dalam diam tuh mengetahui yg kita suka pada die..mmg malu giler,x tau nk letak muka kat mana hehe,gitulah yg jadi pada L.K.Won..lagu2 dalam drama nih kebanyakkannya dinyanyikan sendiri oleh hero dan heroin drama nih..sedap2 juga dlm drama nih..aku suke gak tgk gabungan alunan muzik tradisional dan moden dlm cite nih.Melalui cite nih gak baru la aku tau cam mane rupenyer bunyi dan alat2 muzik tradisional korea nih..especially gayageum..kirenyer dpt belajar sikit2 mengenai kebudayaan korea gitu..

Walaubagaimanapun...3 episod terakhir cite ni bagi aku agak boring sbb jln cite die dh serius kurang komedi dah..ending die pun aku x brp suka..walaupun happy ending tapi entahla dalam 2 episod terakhir cite nih aku kurang suka..awal2 episod mmg best...tapi tu pendapat aku laaa...

PRoteCt tHe BoSs


PRoteCt tHe BoSs~K-DraMa


Assalammualaikum..
macam biasa,aku sempat menghabiskan menonton drama Korea hehehe..
Drama Korea yg aku tengok tu bertajuk Protect The Boss..drama ni bertemakan Romantic Comedy..
cerita nih best gak especially part2 kelakar yg mmg menjadi..hehe..cuma di episod hujung2 tuh jalan cerita dh jadi serius sikit..heroin die lebih tua dari hero2 drama nih hehe tapi yg bestnyer dua2 hero yg sgt comel dan qiut tuh boleh plak jatuh cinta ngan heroin drama nih hehe sweet..cite Korea selalu gini kan..mesti dua hero yg handsome2 akan berebutkan si Heroin yg x delah cun sgt hehe..dalam drama ni watak heroin digambarkan seorang yg brumur dlm lingkungan 30-an,seorang yg kasar dan pandai berlawan tapi seboleh mungkin die cuba menjadi feminin dan bekerja sebagai Secretary..dia seorang yg kuat berusaha hingga akhirnya Bossnya sendiri jatuh cinta padanya..dalam drama nih 2 Boss nya suka kat dia hahaha..siap diorang nih bertumbuk,tarik2 rambut kat sebuah restoran bergaduh berebutkan si setiausaha nih..haha kuat tul penangan si setiausaha ni yg bernama No Eun Seol...Dia nih juga mmg boleh berlawan so kalau Boss dia lebih2 dgn dia mmg dia tumbuk je Boss die..tapi disebabkan Boss die cinta kt dia so Boss dia pun bertahan jela menerima seadanya hehehe...

Lie To Me-Korean Drama Review By Me!


Lie To Me-Korean Drama Review By Me!


Assalammualaikum...
Dah lama x mengreview kan..dah lama aku peram review ni hehe..dh lama aku hbis tgk cite ni,skrg bru ada masa nak mgreview...Jadi hari nih tibalah giliran Korean Drama yg Bertajuk Lie To Me..apa2 pun sila tengok sinopsis cite nih kat bawah ni dulu yer..

Sinopsis
Gong Ah-jung (Yoon Eun-hye) is a 5th level government employee of the Ministry of Culture, Sports and Tourism and mistakenly lies that she is married to Hyun Ki-joon(Kang Ji-hwan), a rich man and President of World Hotel. As the rumour spreads Ki-joon is miserable as his friends also believe he is married to Ah-jung. After a series of events they both eventually agree to pretend to be married. Things get more complicated when Ki-joon's ex-fiance and a close friend of his brother Oh Yoon-joo returns from France. However Ki-joon eventually falls for Ah-jung.

Permulaan cerita bagi aku mmg best..interesting..bila Ah Jung terpaksa berbohong yg dirinya sudah berkahwin kpd kawannya..Kawan die plak mmg jenis yg makan kawannya..bila die ni dah tau Ah Jung nih ada hati kat sorang lelaki nih..boleh plak die gi rampas n berkahwin plak ngan lelaki yg Ah Jung suka giler tuh..maka Ah Jung pun makan hati la jawabnya bertahun-tahun Ah Jung makan hati..Bila terserempak balik dgn kawan die tuh..die terpaksa berpura-pura yg dirinya kini juga berjaya dan bahagia..Memang menyampah giler aku tengok kawan si Ah Jung nih..org x boleh lebih dari die..die ni suka dengkikan org..bila die tau Ah Jung dh kahwin die mula x puas hati dan jealous bila memikirkan yg Ah Jung mungkin lebih bahagia dari dirinya..Dia mula menyiasat Ah Jung..kemudian salah faham timbul menyebabkan Ah Jung terpaksa berpakat dgn Hyun Ki Joo utk berpura-pura sbg suami isteri..Awalnya Hyun x nak berpura n nak saman Ah jung sbb mengaitkan dan menggunakan namanya dalam penipuan Ah Jung..Tapi atas sbb2 tertentu Hyun Ki Joo bersetuju dan akhirnya mereka sama2 jatuh cinta..

Selepas tuh banyak la insiden2 kelakar yg berlaku..kemudian lama-kelamaan penipuan Ah Jung mula terbongkar..dan dapat dilihat juga kawan Ah Jung tuh juga mula berubah..die makin baik dan ngam ngan Ah Jung selepas mengetahui kebenaran..Bagi aku jalan cerita die best juga..namun aku hanya tengok drama nih sampai episod 12 jer..drama nih ada 16 episod..episod 13 dan keatas aku hanya baca sinopsis je sbb malas nk tgk..bukan pe lama kelamaan jalan cerita die mula jadi boring sbb jalan cerita die mula bertukar serius x byk elemen komedi dah...malas nk tgk episod seterusnya..tapi episod2 terawal mmg best..kelakar x hengat haha..cuma bermula episod 12 tuh die dh start membosankan..huhu..so draMa nih aku bagi 2.4 bintang dri 5 bintang...