Bila kita bercerita tentang bulan Februari, kita sering kaitkan ia dengan bulan ‘percintaan’. Mana tidaknya, Valentine day atau hari kekasih jatuh pada 14 Februari. Namu, bagi umat Islam perayaan seperti itu tidak patut di sambut kerana ia bertentangan dengan akidah dan ajaran agama Islam. Siapa kata harus raikan hari kekasih hanya untuk bulan Februari sahaja ? Hakikatnya, hari kekasih harus di sambut dan di pupuk setiap hari agar hubungan kamu dan si dia berkekalan sehingga akhir hayat. Jadi, jom ketahui 5 rahsia bagaimana memupukkan kasih sayang antara kamu berdua untuk jangka masa yang panjang.

1)      Sentiasa menghormati antara satu sama lain
Rahsia yang perlu kamu tahu untuk mengekalkan hubungan kamu dengan si dia adalah, saling menghormati antara satu sama lain.

2)      Sentiasa beri kejutan
Apa kata kamu beri sedikit kejutan istimewa padanya seperti menghantar kad ucapan, bunga, hadiah atau sebagainya. Si dia pasti akan terharu dengan kejutan yang kamu buat itu.

3)      Ambil berat tentang keluarganya
Tunjukan sedikit keperihatinan kamu terhadap keluarganya. Dengan bertanya khabar tentang kedua ibu bapanya si dia pasti dapat mengagak bahawasanya kamu memang benar-benar ikhlas mahu bersamanya.

4)      Berkorban demi hubungan
Selain daripada sentiasa mengucap kata-kata cinta pada si dia, pengorbanan kamu juga membuktikan bertapa besarnya cinta kamu padanya. Bak kata orang “berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa”.

5)      Luangkan masa bersama
Tiada salahnya jika kamu berdua curi sedikit masa untuk keluar bersama contohnya seperti makan malam atau mungkin juga menonton wayang. Elakan daripada membiarkan hubungan kamu berdua tergantung tanpa tali. Takut-takut sang kekasih hati berubah hati pula.