Bagi resipi ini, anda hanya perlukan tiga bahan sahaja iaitu:
1 cawan Nutella
3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
2 biji telur yang dipukul sedikit
Cara-cara untuk membuat cupcake Nutella adalah:
Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.
Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.
No comments:
Post a Comment