Thursday, April 21, 2016

Resepi Butter Chicken Berempah


Butter Chicken Berempah

 Kuahnya rasa lemak butter tetapi tidak muak kerana ada banyak rempah dan cili.
 Ayam diperap beberapa jam dan kemudian dibakar atau digoreng di atas kuali dan satukan bersama kuahnya. 
Masakan ni berasal dari Delhi, India dan sangat popular di negara barat terutamanya di UK. Sangat seimbang dari segi rasa dan cukup sedap. 
Selamat Mencuba
.
Masa:
Penyediaan: 60 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

  • 400 gram isi ayam, bahagian dada
  • 1 sudu besar plain yoghurt
  • 1 sudu kecil rempah garam masala
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar butter
  • setangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat
Bahan tumbuk halus:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
  2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
  3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
  4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit air jika kukah terlalu pekat.
  6. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.
Tips: Rempah garam masala boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Boleh juga buat sendiri dengan mengadunkan rempahnya dan kisar kering

No comments:

There was an error in this gadget