Monday, January 25, 2016

Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao


.Kung Pao bermaksud "spicy stir-fry" ataupun tumis pedas yang dibuat daripada kombinasi ayam, kacang, sayur-sayuran dan lada cili. Menu ini juga adalah hidangan klasik dalam masakan Szechuan yang berasal dari Wilayah Sichuan di tengah barat Negara Cina. Sedap ke tidak menu ini, anda sendiri kena cuba buat...Bahagian ayam yang sesuai untuk membuat menu ini ialah bahagian dada atau isi ayam tanpa tulang. Boleh juga menggunakan peha ayam tapi pastikan buangkan tulangnya terlebih dahulu.  

Bahan-Bahannya :-
400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
Beberapa helai daun sup (dihiris)

Bahan Perapan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan Sos
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
1/4 cawan stok ayam
1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-


  • Ayam dibersihkan dan toskan. Dalam satu mangkuk masukkan bahan perapan dan ayam. Perapkan selama 30 minit. 
  • Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak 70%. Angkat ayam dan ketepikan.
  • Gunakan kuali yang sama. Minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit minyak dan tambahkan minyak bijan.
  • Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering. 
  • Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang gajus. 
  • Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit. 
  • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.

Lala Kam Heong



Sebelum ini  pernah kongsikan resepi...
 Ayam Kam Heongnow kongsikan resepi masak Lala Kam Heong...Kita boleh masak pelbagai jenis masakan dengan lala seperti gulai lemak, masak bersama pasta, goreng bercili dan sebagainya....


Bahan-Bahannya

300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:-
  • Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
  • Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..

Ayam Kam Heong

Ayam Kam Heong



Menu makan malam kami ringkas jer...Ayam Kam Heong....Jika anda biasa ke kedai Masakan Cina Muslim, pasti pernah terlihat menu Kam Heong ni...Kam heong bermaksud Golden Fragrance atau Berbau Wangi....Selain ayam, boleh juga digantikan dgn Lala, Ketam dan Udang...Nak cuba memasak...ni cik kuali nak kongsi resepi....

Bahan-Bahannya

4 ketul peha ayam / 300gm isi ayam
(dipotong kecil)
1 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
1/2 biji cili bengala (optional)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya
  • Cuci ayam & toskan. Gaulkan sedikit garam & tepung jagung.Kemudian digoreng hingga masak tapi jangan garing sangat. Diangkat dan  biarkan seketika.
  • Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
  • Tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan cili bengala & bawang besar
  • Kacau rata.Jika rasa sudah ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas..

Sunday, January 10, 2016

Belajar Bahasa Korea

Mari Belajar Bahasa Korea

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo...
mari kita belajar asas-asas bahasa Korea. Ini kerana saya memang salah seorang pengemar drama-drama bersiri korea.  hehe ada orang lagi pandai tp just nak share.
 
1. Annyeonghaseyo  
Ini cara orang Korea cakap hello atau maybe nak mulakan percakapan biasanya digunakan 
pada setiap masa tak kira waktu macam kita cakap Assalamualaikum. Tp bezanya kita mendoakan orang dengan salam yang diberi dan memberi salam itu sunat serta menjawab  salam itu hukumnya wajib. Hehe. Bila nak cakap annyeonghaseyo cara yang bersopan santun orang Korea akan menundukkan sedikit badan mereka. Tidak lah sebongkok macam kita rukuk dalam solat. Jika umur kita sebaya atau bercakap dengan orang yang lebih muda blh la guna shortform "annyeong" tp kalau orang lebih tua dari kita atau lebih formal kena sebut penuh annyeonghaseyo.
2. Gamsahamnida/Kamsahamnida/Kumhosamnida - Perkataan untuk mengucapkan 
     terima kasih...

3. Mianhamnida - 
    To say I am sorry.. ada yang pakai biyanae....maybe ini bahasa surat kot...

4. Saranghaeyo - Ucapan yang sering disebut untuk melafazkan perasaan " I Love You".

5. Annyong higye seyo - 
    Ucapan "bye-bye" untuk 1 to 1. Kalau untuk ramai "annyong hi gae yon

6. Yeoboseyo - Hello. Bila angkat phone cakap ni ye.. 

7. Gwaenchanha - It's alright

8. Nama-nama panggilan:
  •      Haelmoni - Nenek
  •      Harapouchi - Atuk
  •      Appochi/Appa - Ayah
  •      Omma/Omoni - Mak/Makcik/Makmentua
  •      Ajeossi - Encik/Panggilan untuk lelaki/Uncle
  •      Agasshi - Cik/Adik Ipar
  •      Oppa - Abang
  •      Onni - Kakak
  •      Hyung - Abang Sulung (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
  •      Noona - Kakak (Panggilan hanya oleh ahli keluarga)
  •      Dongseang - Adik beradik
  •      Ajumma - Makcik/Aunty
9. Nombor
       1 = Il 2=E 3=Sam 4=Sa 5=O 6=Yug 7=Qil 8=Pal 9=Gu 10=Sib
    
    100 = Baeg  1000=Chen  5000=0Chen  10000=Man  50000=Oman 


10. Yaepun/yaeputta/yaebbyeyo - pretty/cantik

11. Hwajangsil - Toilet/Rest room

12. Guiyeowm - Cute
13. Shopping terms: 
  • Ssagyehae Juseyo - Give me discount
  • Eulmayeyo - How much?
  • Jungmalyo - Really?
  • Bissayo - Expensive
  • Juseyo - Give me
14. Buah-buahan:
  • Sagua - Apple
  • Bae - Pear
  • Kam - Persimmon
15. Koejumal - Liar/Penipu

16. Yaksok - Janji/ Appointment/Perjanjian


Ok dah la tu, banyak sangat nanti bosan plak kan... hehe so ini je yang senang nak ingat.. So selamat belajar dan selamat beramal. 

Gamsahamnida..Annyong....

Thursday, January 7, 2016

Bake Mayo Potato

  Bake Mayo Potato

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Hari ni just nak share dinnerku untuk hari ini. Hari ini try buat Bake Mayo Potato sebab ada bahan lebih dan juga resepinya pon mudah. Yang ni ikut dari buku masakan Jpn je.



Rasanya biasa saje cuma healthy la. Ekceli kalau tengok buku tu dy ada guna bahan yg tak boleh tp aku ubah suai la skit. Saja untuk mengisi masa lapang.


Ok la, resepi seperti yg tertera di bawah ye.

BAHAN2:-
(utk 2 orang)
(15 minit)

Ubi kentang .......... 2 biji
Mayonis .......... 2 sudu besar
Shouyu .......... 1 sudu kecil
Cuka makan .......... 1 sudu kecil
Gula .......... 1 sudu kecil
Katsuobushi .......... 1 cengkam
Mayonis utk hiasan .......... Suka hati
Paseri kering .......... Suka hati

CARA:-

  1. Kupas kulit ubi kentang. Belah dan potong kecil2(dadu). Letak dalam pinggan tahan haba dan masukkan ke dalam oven. Panaskan 3-4 minit. Kemudian letakkan dalam satu bekas.
  2. Mayonis, shouyu, cuka makan, gula disatukan dalam satu bekas dan kacau. Kemudian tuangkan campuran cecair tersebut ke dalam bekas ubi kentang. Masukkan katsuobushi dan kacau sebati semua campuran tadi bersama.
  3. Bila dah sebati masukkan ke dalam bekas gratin. Hiaskan atas ubi kentang tersebut dengan mayonis dan juga paseri. Bakar dalam oven 150 darjah lagi sekali 5-10 minit sehingga ubi kentang kekuningan. Siap untuk dihidangkan.

Let's Eat!!

daging ayam bersama cendawan shimeji Shouyu ^^


  daging ayam bersama cendawan shimeji Shouyu*_^

So, resepinya seperti yg tertera di bawah ye.



BAHAN2-
(utk 2 orang)
(10 minit)


Bawang besar .......... 1/2 biji
Lobak merah .......... 1/2 batang (pilihan)
Shouyu(kicap Jepun) .......... 1 sudu besar
Cuka makan .......... 1 sudu besar
Gula .......... 1/2 sudu besar
Halia(blend) .......... 1/2 sudu kecil
Dada ayam .......... 1 keping
Cendawan shimeji .......... 1 cengkam
Minyak .......... 1 sudu besar
Garam, lada sulah, daun bawang .......... secukup rasa

CARA2-

  1. Bawang besar dipotong dadu/halus. Lobak merah dipotong slice*(tak nak letak pon takpe)
  2. Shouyu, cuka, gula dicampur bersama dan sebatikan ketiga-tiganya. Kemudian masukkan potongan bawang besar tadi ke dalam campuran cecair tersebut.
  3. Potong ayam kecil2. Cendawan shimeji dibasuh dan disejat.
  4. Tuangkan minyak masak ke dlm kuali. Bila dah panas goreng ayam tadi dengan api sederhana. Bila dah separuh masak ayam tersebut masukkan cendawan shimeji.
  5. Kemudian masukkan campuran 2 ke dalam kuali dan masak dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa.
  6. Bila sudah masak, hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan lada sulah dan juga daun bawang yang telah dipotong. Siap untuk dijamu.
Let's Eat!!

Wednesday, January 6, 2016

Resepi: Churros sedap!

Resepi: Churros (Kuih Belimbing)

  cara2 nak buat...mudah & senang & simple sangat lah resepi churros ni, petik jari pon boleh buat :p
awww siap ada love shape churros tu.

 jom tengok cara nak buat macam mana..

Bahan-Bahan:
1. satu suku cawan tepung gandum
2. satu sudu besar butter/marjerin/minyak masak
3. satu cawan air
4. satu sudu besar gula
5. setengah sudu kecil garam
6. setengah sudu kecil asen vanilla (optional, takde pon takpe)
7. sebiji telur

8. nozzle muncung bintang
9. piping bag
Cara-Cara:
1. didihkan air..masukkan butter, gula dan garam sehingga sebati (pastikan api sederhana)
2. perlahankan api..masukkan tepung secara tabur/ayak supaya tepung tak berketul...kacau laju2 sehingga rata & tutup api..tapi tak perlu pelik la kalau nmpk mula2 tu berterabur mcm crumbs
3. pukul telur dahulu...masukkan telur & asen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati (i uli pakai tangan je senang)
4. masukkan adunan dalam piping bag
5. buat bentuk stick (atau apa2 bentuk yg korang suka la) atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je atas pinggan)
6. masukkan minyak dalam kuali, goreng secara "deep fry"..api tak boleh besar tau...bila dah nampak churros tu kekuningan, cepat2 angkat...kang terlebih masak tak sedap pulak
7. dah siap boleh gaulkan churros dgn gula halus...takpon boleh makan dgn coklat/nutella/caramel/cinnamon...i mkn dgn gula & i sediakan caramel sauce...
Cara Buat Caramel:
masak susu pekat dgn whipping cream sehingga warna bertukar keperangan

RESEPI UNTUK ANAK KU AMSYARR FIRASH ^_^


BRUSCHETTA




RESEPI:
1) rebus ayam sampai masak
2) ambil roti, letakkan ayam, tomato (atau puri tomato), parsley & cheddar cheese
3) masukkan dlm microwave 30saat (nak bakar dlm oven pon boleh tp roti jadi rangup la)
 

VEGE SWEET POTATO
RESEPI:
1) rebus sebiji ubi keledek & 2cm carrot sampai lembut
2) bila dah sejuk, lecekkan ubi & carrot sampai hancur
3) masukkan 2 sudu besar tepung atta, sedikit cheese & sedikit parsley, gaul rata
4) tekap ikut bentuk yg kita suka & bakar dlm oven 10 min suhu 180'c

TOMYAM AYAM
RESEPI:
1) tumis seulas bawang putih & seulas bawang besar (dicincang) dgn ollive oil sampai naik bau
2) masukkan serai, ayam yg dipotong dadu sampai keluar minyak..
3) masukkan 3 biji tomato yg dipotong dadu, masak sampai lembik
4) masukkan daun limau purut, 1 mangkuk air, biarkan mendidih
5) masukkan kentang, lobak merah & broccoli masak sampai lembut/mendidih

FRIED APPLE PIE
RESEPI:
1) sebiji epal merah potong dadu
2) gaul epal dgn 1 sudu kecil serbuk kayu manis, 1 sudu kecil serbuk buah pala (takde takpe)
3) panaskan 1 sudu besar unsulted butter kemudian masukkan 2 kiub puri kurma...kacau sebati (kalau tawar tambahkan lagi kurma)
4) bila dh sebati, masukkn epal td & masak sampai epal tu agak lembik
5) amik sekeping roti, tekan2 sikit lepas tu letak campuran epal td..lipat dua, picit2 keliling roti supaya melekat
6) celup roti dgn telur, salut dgn bread crumbs & deep fry dalam 30saat camtu (pakai olive oil)

ROTI BAKAR PISANG
RESEPI:
1) letakkan pisang yg ranum atas roti
2) taburkan dgn cheese & cranberries (ganti dgn kismis pon sedap)
3) bakar 15min suhu 200'c

SUP PASTA

RESEPI:
1) rebus pasta sampai kembang & ketepikan

2) tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau, masukkan ayam yg dipotong dadu
3) masukkan semangkuk air, masukkan carrot & biarkan mendidih
4) lps tu masukkan bayam, celery & daun sup
5) pecahkan sebiji telur, biarkan mendidih
6) bila nak hidangkan, taburkan sedikit serbuk ikan bilis 

RESEPI MEE SUAH DENGAN CHICKEN BALL
RESEPI:
1) utk bebola ayam: rebus ayam sampai masak...masukkan ayam, tepung atta & parsley dlm blender...kepal bulat2, rebus dlm air mendidih
2) utk buat sup: tumis bawang merah & bawang putih sampai naik bau...masukkan ayam yg dipotong dadu...masukkan jagung manis...masukkan semangkuk air sampai mendidih...masukkan chicken ball tadi...masukkan bayam, celery & sedikit cheese utk bagi rasa masin...masukkan mee suah, kacau rata


CREAMY SWEET POTATO
RESEPI:
1) bakar ubi keledek sampai masak
2) bila dh masak, korek isi keledek
3) campur dgn breastmilk/formula milk/fresh milk/cheese (ikut suka hati nak campur yg mana satu)
4) gaul rata...boleh taburkan serbuk parsley sket


BANANA CAKE
BAHAN-BAHAN:
1. sebiji/sebiji setengah pisang berangan atau pisang emas yg ranum (pisang lain pon boleh kot, tapi taktau la sedap ke tak)
2. 1 sudu besar tepung atta (tepung org buat capati tu...brand alagapas pon ada jual)
3. sebiji telur (kalau anak ada allergic, jgn buat la kek pisang ni...kalau tak letak telur, nanti keras pulak kek tu)
4. 1/2 oz breast milk atau formula milk atau fresh milk (sukati korang nk letak yg mana satu)
5. 1 sudu kecil minyak zaitun (olive oil)

CARA-CARA:
1. pukul telur dgn minyak sampai kembag
2. lenyekkan pisang
3. masukkan telur yg dah dipukul tadi & susu dalam pisang yg sudah dilenyek...gaul rata
4. masukkan tepung & gaul rata
5. masukkan dalam cup/loyang & kukus selama 30-40min...kalau nk masuk oven, bakar 40-45min pada suhu 180'c


ORGANIC OAT WITH BANANA & DRAGON FRUIT
RESEPI:
1) rendam organic oat dgn air panas sampai kembang (sebaiknya pakai rolled oat)...toskan
2) gaul dgn breastmilk/formula milk/fresh milk
3) boleh makan dgn buah
4) kalau anak tak pandai telan, boleh campur & blend je semua ni


ORGANIC TOFU WITH DATES SOUP
RESEPI:
1) tekap organic tofu (taknak pon takpe, boleh potong biasa je...hehe)
2) rebus 3-4 biji kurma (dlm ni i rebus dgn sebiji kacang walnut supaya kuah pekat..tapi tak dinasihatkan sgt bagi kacang coz blh buat rashes)
3) bila kuah kurma dah mendidih, sejukkan sket & blend sampai hancur
4) rebus balik & masukkan tofu...rebus sampai tofu masak


CREAMY PUMPKIN SOUP
*pic ni org tua punya, yg farish lupa nk snap...hihi
RESEPI:
1) rebus labu manis sampai mendidih (1/2 labu saiz kecil)
2) bila dah masak, toskan...lenyekkan labu sampai hancur
3) dlm periuk lain, tumis 3 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah (dah siap blend hancur) dgn olive oil...tumis sampai naik bau
4) masukkan labu yg dah siap lenyek tadi + 1 cawan stok ayam
5) bila dh mendidih, masukkan sekeping cheesedale
6) gaul sampai pekat & siap!
7) boleh mkn dgn roti atau bubur kosong

BEGEDIL
RESEPI: 
bahan2: 4 biji kentang direbus, daging/ayam dah siap rebus kecil2, sebiji telur dipukul, bawang goreng, daun sup, daun bawang & olive oil...

cara2: hancurkan kentang, masukkan semua bahan kecuali telur & olive oil, gaul rata...buat bentuk bulat2, celup telur & goreng!

BANANA OAT BISCUITS
RESEPI:
1) lenyekkan 3 biji pisang yg dah ranum
2) masukkan 1 cawan kecil oat, gaul sebati sampai adunan melekit
3) bakar dlm oven 180'c lebih kurang 20-30min (atau agak2 dah masak)

PASTA WITH TOMATO SAUCE
RESEPI:
1) tumis seulas bawang kecil & 2 ulas bawang putih yg dah dicincang dgn olive oil...cukup sekadar naik bau...masukkn beberapa ketul ayam...
2) masukkn semangkuk kecil air...bila dh mendidih, masukkn 3 biji tomato yg dah dipotong dadu & 2 biji kurma...
3) agak2 tomato tu dah masak, masukkn sekeping cheesedale & serbuk daun parsley
4) bila dah agak pekat, tutup api, tunggu sejuk sket & boleh blend

5) boleh tuang atas pasta...nak hidang boleh tabur cheddar cheese & parsley flakes sket 


STRAWBERRY JAM
RESEPI:
1. 10-15 biji strawberry manis, masak atas api kecil (jgn letak air...kalau blh pakai non-stick pan)
2. bila strawberry dah hancur/berair, masukkan madu asli secukup rasa

3. kalau nk balance-kan rasa, boleh letak perahan jus lemon (takyah letak pon takpe)

4. bila dah agak kering, sejukkan dulu baru masu dalam manison jar (kalau tak betul2 sejuk, jem akan cepat berkulat)

5. boleh bagi anak2 makan camtu je atau blh mkn dgn roti atau boleh mkn dgn biskut atau mkn je la dgn apa2 pon ikut kretiviti 

*MADU UTK BAYI 1 TAHUN KE ATAS

BAKED POTATO
RESEPI: rebus sebiji potato, rebus seketul ayam, rebus/stim broccoli n carrot...hancurkn potato, cincang ayam n sayur kecik2, gaul semua..letak cheddar cheese, parsley, thyme n telur...parsley, thyme n telur tu optional, xnk letak pon xpe tapi kalau letak lagi sedap..gaul lagi sampai sebati, letak dlm bekas, tekan2 skit..atas dia tu letak tomato puree n tabur cheddar cheese...bakar 15min dlm oven, suhu 180'c

CHICKEN NUGGET
RESEPI: blend 2 ketul isi ayam dgn seulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, sekeping cheddar cheese & sebiji telur kuning…kamudian gaulkan dgn parsley & bread crumbs…biarkan 10 min…bila dah keras, boleh tekap ikut bentuk yg kita suka, salutkan dgn putih telur & bread crumbs sekali lagi…goring dgn olive oil

CREAMY PASTA SOUP
RESEPI: tumis seluas bawang putih yg dicincing menggunkan olive oil/unsalted butter, masukkan ayam, kemudian masukkan 1 gelas air…agak2 dh mendidih masukkan carrot, telur & cheddar cheese…boleh makan dgn pasta

CREAMY PORRIDGE WITH ASPARAGUS PUREE
RESEPI:
1) rebus segenggam beras dgn 10-15 ekor ikan bilis sampai jadi bubur

2) masukkan cheese, kacau sampai rata...dah sejuk boleh blend

3) utk puree, steam asparagus sampai masak..blend sampai hancur

4) hidang & bagi si manja anda 

MASHED POTATO
RESEPI: lenyekkan potato yg dh direbus dgn unsalted butter atau cheese, dh siap ketepikan..utk gravy, rebus kurma dgn stok ayam, bila kurma dh lembut lenyekkan/blend...
MINI FISH BURGER
RESEPI: seekor isi ikan kembung (kalau kecik amik 2 ekor), seulas bawang putih, seulas bawang merah & sweet corn, tumbuk/blend sampai hancur…lepas tu gaulkan dgn rosemary/parsley/thyme..bentukkan ikut suka kita, salut telur & bread crumbs…goreng dgn olive oil..bila dah masak, letak atas roti bakar dgn tomato puri

CHICKEN ROLLED
RESEPI: tumis seulas bwg putih n seulas bwg merah dgn olive oil..lps tu masukkn ayam yg dicincang, ayam seketul amik isi je..agak2 ayam dh masak masukkn broccoli (amik satu bunga je), tomato (amik 1/5 je), carrot (amik sebesar kelingking je), parsley..kacau2 sampai masak, angkat letak tepi..amik sehiris bahagian dada ayam, tumbuk2 sket bagi nipis..atas dada ayam tu letak mozarella cheese & bahan2 yg kita dh masak td..bungkus mcm kita buat popia tu, ulang lagi letak cheese & bahan2 tadi sampai habis gulungan…letak lidi supaya kemas n tak terbuka, perapkn 10min..sambil2 tu pukul sebiji telur..lps 10min, celupkn ayam bungkus tadi dgn telur & bread crumbs..goreng atas pan dgn olive oil..bila dh masak baru cabut lidi tadi


BUBUR SAYUR
RESEPI:
buat bubur kosong..agak2 bubur dah nak masak masukkan kentang, bayam, sawi, tomato & carrot...biarkan sampai masak...nak hidangkan tabur sedikit serbuk ikan bilis utk bagi rasa masin