Thursday, January 7, 2016

Bake Mayo Potato

  Bake Mayo Potato

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Hari ni just nak share dinnerku untuk hari ini. Hari ini try buat Bake Mayo Potato sebab ada bahan lebih dan juga resepinya pon mudah. Yang ni ikut dari buku masakan Jpn je.



Rasanya biasa saje cuma healthy la. Ekceli kalau tengok buku tu dy ada guna bahan yg tak boleh tp aku ubah suai la skit. Saja untuk mengisi masa lapang.


Ok la, resepi seperti yg tertera di bawah ye.

BAHAN2:-
(utk 2 orang)
(15 minit)

Ubi kentang .......... 2 biji
Mayonis .......... 2 sudu besar
Shouyu .......... 1 sudu kecil
Cuka makan .......... 1 sudu kecil
Gula .......... 1 sudu kecil
Katsuobushi .......... 1 cengkam
Mayonis utk hiasan .......... Suka hati
Paseri kering .......... Suka hati

CARA:-

  1. Kupas kulit ubi kentang. Belah dan potong kecil2(dadu). Letak dalam pinggan tahan haba dan masukkan ke dalam oven. Panaskan 3-4 minit. Kemudian letakkan dalam satu bekas.
  2. Mayonis, shouyu, cuka makan, gula disatukan dalam satu bekas dan kacau. Kemudian tuangkan campuran cecair tersebut ke dalam bekas ubi kentang. Masukkan katsuobushi dan kacau sebati semua campuran tadi bersama.
  3. Bila dah sebati masukkan ke dalam bekas gratin. Hiaskan atas ubi kentang tersebut dengan mayonis dan juga paseri. Bakar dalam oven 150 darjah lagi sekali 5-10 minit sehingga ubi kentang kekuningan. Siap untuk dihidangkan.

Let's Eat!!

No comments:

There was an error in this gadget