Wednesday, January 6, 2016

Resepi: Churros sedap!

Resepi: Churros (Kuih Belimbing)

  cara2 nak buat...mudah & senang & simple sangat lah resepi churros ni, petik jari pon boleh buat :p
awww siap ada love shape churros tu.

 jom tengok cara nak buat macam mana..

Bahan-Bahan:
1. satu suku cawan tepung gandum
2. satu sudu besar butter/marjerin/minyak masak
3. satu cawan air
4. satu sudu besar gula
5. setengah sudu kecil garam
6. setengah sudu kecil asen vanilla (optional, takde pon takpe)
7. sebiji telur

8. nozzle muncung bintang
9. piping bag
Cara-Cara:
1. didihkan air..masukkan butter, gula dan garam sehingga sebati (pastikan api sederhana)
2. perlahankan api..masukkan tepung secara tabur/ayak supaya tepung tak berketul...kacau laju2 sehingga rata & tutup api..tapi tak perlu pelik la kalau nmpk mula2 tu berterabur mcm crumbs
3. pukul telur dahulu...masukkan telur & asen vanilla dalam adunan tepung tadi, uli sebati (i uli pakai tangan je senang)
4. masukkan adunan dalam piping bag
5. buat bentuk stick (atau apa2 bentuk yg korang suka la) atas baking paper (kalau takde boleh tabur tepung je atas pinggan)
6. masukkan minyak dalam kuali, goreng secara "deep fry"..api tak boleh besar tau...bila dah nampak churros tu kekuningan, cepat2 angkat...kang terlebih masak tak sedap pulak
7. dah siap boleh gaulkan churros dgn gula halus...takpon boleh makan dgn coklat/nutella/caramel/cinnamon...i mkn dgn gula & i sediakan caramel sauce...
Cara Buat Caramel:
masak susu pekat dgn whipping cream sehingga warna bertukar keperangan

No comments:

There was an error in this gadget