Wednesday, April 6, 2011

suGar gliDer

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni.

Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo.

Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia...

No comments:

There was an error in this gadget