Thursday, May 27, 2010

lagenda budak setan !!!





Fie masih ingat lagi masa tue kalau tak silap time skolah dulu2, penulis novel Budak Setan iaitu Ahadiat Akashah keluarkan novel bapak punya tebal yang diberi tajuk “Lagenda Budak Setan”. Memang jiwang karat punya novel nie. Tahap leleh punya lah. Sempat jugaklah menitis barang seketul dua air mata ini.

Untuk pengetahuan anda novel Lagenda Budak Setan ini bakal diadaptasikan ke dalam filem yang turut diberi tajuk Lagenda Budak Setan. Hero dan heroinnya tak lain tak bukan ialah Farid Kamil dan Lisa Surihani. Untuk watak heroin memang sangat sesuai diberikan kat Lisa Surihani. Bukan apa sebab memang dalam novel si heroin tue mukannya digambarkan penuh dengan kelembutan dan keayuan seperti Lisa Surihani.

Apa-apa pun daripada trailer filem Lagenda Budak Setan ini nampaknya macam akan keluar satu filem yang menarik. Mungkinkah bakal menjadi filem of the year 2010? Tak pasti pulak bila tarikh keluarnya tapi sama-samalah kita nantikan. Sementara tue jangan lupa layan trailer filem Lagenda Budak Setan kat atas tue.

x sabar nak tgk filem ni..adakah setanding kehebatan novel yg fie bace dulu...

No comments: