Monday, May 24, 2010

~~pEtUa tUk diKOongSi~~

~~ ni mAnisLuarcAntiK nAk kOongsiKAn pEtuA...
huhuuuuuu~~

Kulit Licin

untuk kulit kelihatan licin ialah, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Sapukan pada wajah sebelum tidur dan cuci keesokkannya.


Menghaluskan Kulit Wajah

Campurkan madu lebah bersama putih telur dan sapukan pada muka seperti masker dan biarkan kering lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dengan air suam atau air basuhan beras.


Menghilangkan kulit Bersisik

Campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa dan sapukan padakawasan yang bersisik tersebut dan gosok-gosokkan sebelum mandi boleh dilakukan seperti lulur.


Melebatkan Bulu Kening

Bakar buah keras hingga hitam kemudian hancurkan, campurkan dengan sedikit minyak masakkemudian sapukan pada bahagian bulu kening.


Memerahkan bibir

Sapukan dengan madu lebah dan biarkan kering.


Campurkan 5 sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung kemudian maskerkan pada muka hingga kering.

No comments:

There was an error in this gadget