Thursday, December 13, 2012

Estee Lauder Blockbuster Set


remBat seMalam..beLi estee lauder blockbuster set... huhuu.. mEmang berBaloiii... !!!  lailailaiii.. :D  nAk bUat sEt hAntAran la cAmni.. mEriah siKit.. hihiii  :D

Cool shades palette
1. Pink Vanilla (Satin)
2. Moroccan Mint (Satin)
3. Peacock Blue (Shimmer)
4. Riviera Rose (Satin)
5. Ivory Slipper (Satin)
6. Lilac Whimsy (Satin)
7. Purple Passion (Satin)
8. Winkling Periwinkle (Satin)
9. Pink Tease Blush (Satin)
Warm shades palette
1. Pink Flash (Shimmer)
2. Enchanted Forest (Shimmer)
3. Ivy Envy (Satin)
4. Sugar Cube (Satin)
5. Nude Fresco (Satin)
6. Lavish Mink (Matte)
7. Sepia Sand (Satin)
8. Candy Crave (Satin)
9. Pink Kiss Blush (Satin)
Lipsticks & Lipgloss
Lipsticks – Peach Paradise (LE), Crystal Baby (Permanent), Berry Fizz (Permanent)
Lipgloss – Extravagant Pink (Permanent)
There are how-to cards for applying the make-up:-
The eye liner pencil in Onyx and lip pencil in Tawny:-
A red bag to carry it all:-

Sunday, December 9, 2012

HeaRtStRiNgs


HeaRtStRiNgs-K DraMa ReviEw




Assalammualaikum...
hari nih baru berkesempatan nak uat entry pasal drama nih..hehe..actually dh lama gak habis tgk drama nih tapi malas lagi nk uat review mengenainya...
Drama yg dimaksudkan adalah HeartStrings (2011) lakonan Park Shin Hye ngan Jung Yong Hwa..(sorry kalau salah eja nama diorang hehe).Ok bagi sape2 yg pernah tgk drama Korea yg bertajuk You're Beautiful/He Beautiful pastinya amat kenal pada hero dan heroin drama Heartstrings nih..betul kan!!!?sebab dalam cite tuh diorang gak yg berlakon cuma diorang x jadi pasangan kekasih dalam cite tuh sebab dalam cite You're Beautiful tuh Park Shin Hye jatuh cinta kat orang lain bukannya kat Jung Yong Hwa nih..kirenyer J.Y.Hwa nih bertepuk sebelah tangan la..kesian sgt ngan die hehe..dh la gentleman sume tapi direject plak..maka dengan itu ramai la peminat2 yg teringin nak tgk diorang bercinta sebab dlm drama sebelum nih cinta x kesampaian..maka lahirlah drama Heartstrings nih..
Drama Hearstrings ni berkisar kehidupan pelajar Kolej yakni menjejaki pelajar2 jurusan muzik,teater(seni/persembahan)..J.Y.Hwa yg memegang watak Lee Shin digilai seluruh pelajar kolej disebabkan ketampanannya dan die belajar dalam jurusan muzik moden gitu n ada band sendiri yg digelar "the Stupid"manakala Park Shin Hye pula memegang watak sebagai Lee Kyu Won seorang pelajar jurusan muzik tradisional yg juga mempunyai kumpulan muzik sendiri iaitu "the wind flower"(lau x silap la) dan tinggal bersama dgn datuknya yg agak konservatif.

Perkenalan Lee Shin ngan L.K.Won bermula dengan pertengkaran dan salah faham dan akhirnya mereka buat keputusan utk bertanding sesama sendiri untuk menentukan sape yg lebih hebat dalam bidang muzik..masing2 menetapkan syarat sape yg kalah kena jadi hamba/kuli selama sebulan..L.K.WON kalah dan die terpaksa menjadi kuli Lee Shin selama sebulan..apa saja yg disuruh Lee Shin..L.K.Won terpaksa buat..Hal ni secara x langsung telah membuatkan mereka sedikit rapat dan lama-kelamaan L.K.Won jatuh cinta pada Lee Shin..Lee Shin pula pada masa yg sama telah jatuh cinta pada pensyarah di kolej nya itu,dan turut menyedari yg L.K.Won ada hati padanya.Walaubagaimanapun Pensyarah berkenaan dah menolak cinta Lee Shin..dan menyebabkan dia kecewa kemudian dia pula menolak cinta L.K.Won dan menyuruh jgn mengganggunya lagi..L.K.Won kecewa namun tetap ambik berat terhadap L.Shin..dan sikap prihatin L.K.Won telah membuatkan hati L.Shin terbuka untuknya..Selain itu cite nih turut memaparkan suasana dan aktiviti untuk persembahan teater muzikal kolej dimana L.K.Won telah mengambil bahagian dan cuba mendapatkan watak utama..tapi disebabkan konspirasi yg timbul di pihak pentadbiran maka dia gagal menjadi watak utama.

Lebih kurang macam tula jln cite die..simple but sweet..aku suke time diorang bergaduh tuh n pastu aku suke gak cara L.K.Won yg cuba menyembunyikan perasaan cintanya dari diketahui Lee Shin..kelakar,walaupun dia buat2 marah dan sombong tapi perbuatannya menunjukkan yg die amat suka pd lee shin sampai L.Shin pun leh menganggak yg L.K.Won ada hati padanya..hehehe malu gilerrr...bygkan org yg kita suka dalam diam tuh mengetahui yg kita suka pada die..mmg malu giler,x tau nk letak muka kat mana hehe,gitulah yg jadi pada L.K.Won..lagu2 dalam drama nih kebanyakkannya dinyanyikan sendiri oleh hero dan heroin drama nih..sedap2 juga dlm drama nih..aku suke gak tgk gabungan alunan muzik tradisional dan moden dlm cite nih.Melalui cite nih gak baru la aku tau cam mane rupenyer bunyi dan alat2 muzik tradisional korea nih..especially gayageum..kirenyer dpt belajar sikit2 mengenai kebudayaan korea gitu..

Walaubagaimanapun...3 episod terakhir cite ni bagi aku agak boring sbb jln cite die dh serius kurang komedi dah..ending die pun aku x brp suka..walaupun happy ending tapi entahla dalam 2 episod terakhir cite nih aku kurang suka..awal2 episod mmg best...tapi tu pendapat aku laaa...

PRoteCt tHe BoSs


PRoteCt tHe BoSs~K-DraMa


Assalammualaikum..
macam biasa,aku sempat menghabiskan menonton drama Korea hehehe..
Drama Korea yg aku tengok tu bertajuk Protect The Boss..drama ni bertemakan Romantic Comedy..
cerita nih best gak especially part2 kelakar yg mmg menjadi..hehe..cuma di episod hujung2 tuh jalan cerita dh jadi serius sikit..heroin die lebih tua dari hero2 drama nih hehe tapi yg bestnyer dua2 hero yg sgt comel dan qiut tuh boleh plak jatuh cinta ngan heroin drama nih hehe sweet..cite Korea selalu gini kan..mesti dua hero yg handsome2 akan berebutkan si Heroin yg x delah cun sgt hehe..dalam drama ni watak heroin digambarkan seorang yg brumur dlm lingkungan 30-an,seorang yg kasar dan pandai berlawan tapi seboleh mungkin die cuba menjadi feminin dan bekerja sebagai Secretary..dia seorang yg kuat berusaha hingga akhirnya Bossnya sendiri jatuh cinta padanya..dalam drama nih 2 Boss nya suka kat dia hahaha..siap diorang nih bertumbuk,tarik2 rambut kat sebuah restoran bergaduh berebutkan si setiausaha nih..haha kuat tul penangan si setiausaha ni yg bernama No Eun Seol...Dia nih juga mmg boleh berlawan so kalau Boss dia lebih2 dgn dia mmg dia tumbuk je Boss die..tapi disebabkan Boss die cinta kt dia so Boss dia pun bertahan jela menerima seadanya hehehe...

Lie To Me-Korean Drama Review By Me!


Lie To Me-Korean Drama Review By Me!


Assalammualaikum...
Dah lama x mengreview kan..dah lama aku peram review ni hehe..dh lama aku hbis tgk cite ni,skrg bru ada masa nak mgreview...Jadi hari nih tibalah giliran Korean Drama yg Bertajuk Lie To Me..apa2 pun sila tengok sinopsis cite nih kat bawah ni dulu yer..

Sinopsis
Gong Ah-jung (Yoon Eun-hye) is a 5th level government employee of the Ministry of Culture, Sports and Tourism and mistakenly lies that she is married to Hyun Ki-joon(Kang Ji-hwan), a rich man and President of World Hotel. As the rumour spreads Ki-joon is miserable as his friends also believe he is married to Ah-jung. After a series of events they both eventually agree to pretend to be married. Things get more complicated when Ki-joon's ex-fiance and a close friend of his brother Oh Yoon-joo returns from France. However Ki-joon eventually falls for Ah-jung.

Permulaan cerita bagi aku mmg best..interesting..bila Ah Jung terpaksa berbohong yg dirinya sudah berkahwin kpd kawannya..Kawan die plak mmg jenis yg makan kawannya..bila die ni dah tau Ah Jung nih ada hati kat sorang lelaki nih..boleh plak die gi rampas n berkahwin plak ngan lelaki yg Ah Jung suka giler tuh..maka Ah Jung pun makan hati la jawabnya bertahun-tahun Ah Jung makan hati..Bila terserempak balik dgn kawan die tuh..die terpaksa berpura-pura yg dirinya kini juga berjaya dan bahagia..Memang menyampah giler aku tengok kawan si Ah Jung nih..org x boleh lebih dari die..die ni suka dengkikan org..bila die tau Ah Jung dh kahwin die mula x puas hati dan jealous bila memikirkan yg Ah Jung mungkin lebih bahagia dari dirinya..Dia mula menyiasat Ah Jung..kemudian salah faham timbul menyebabkan Ah Jung terpaksa berpakat dgn Hyun Ki Joo utk berpura-pura sbg suami isteri..Awalnya Hyun x nak berpura n nak saman Ah jung sbb mengaitkan dan menggunakan namanya dalam penipuan Ah Jung..Tapi atas sbb2 tertentu Hyun Ki Joo bersetuju dan akhirnya mereka sama2 jatuh cinta..

Selepas tuh banyak la insiden2 kelakar yg berlaku..kemudian lama-kelamaan penipuan Ah Jung mula terbongkar..dan dapat dilihat juga kawan Ah Jung tuh juga mula berubah..die makin baik dan ngam ngan Ah Jung selepas mengetahui kebenaran..Bagi aku jalan cerita die best juga..namun aku hanya tengok drama nih sampai episod 12 jer..drama nih ada 16 episod..episod 13 dan keatas aku hanya baca sinopsis je sbb malas nk tgk..bukan pe lama kelamaan jalan cerita die mula jadi boring sbb jalan cerita die mula bertukar serius x byk elemen komedi dah...malas nk tgk episod seterusnya..tapi episod2 terawal mmg best..kelakar x hengat haha..cuma bermula episod 12 tuh die dh start membosankan..huhu..so draMa nih aku bagi 2.4 bintang dri 5 bintang...

RooFtoP PRiNcE~K-Drama Review


RooFtoP PRiNcE~K-Drama Review


Assalammualaikum..
Hari ni tibalah masa nak mengreview draMa Korea iaitu Rooftop Prince..
Aku dah lama habis tengok drama ni masa bulan April hari tu,sekarang baru berkesempatan nak buat review hehe..Bagi aku drama ni memang menghiburkan especially part2 kelakarnya mmg kelakar habis hahaha..drama ni mempunyai 20 episod..walaupun episod nya mcm banyak tapi memang x bosan tengok sebab cerita die best..disamping pelakon2 nya pun mmg terbaik..bayangkanlah bila Putera Raja dan 3 pengikutnya terlepas dan terperangkap di zaman Moden dari 300 tahun yg lampau..yg bestnyer Putera Raja dan 3 pengikutnya tuh mmg hensem2 belaka haha x caya tgk gmbr kat bwh ni..masa ni diorang dh dapat sesuaikan diri dengan Zaman Moden ni..pakai baju pun mcm org2 zaman moden kan..
Mereka berempat terlepas ke zaman moden dan terperangkap kat dlm sebuah rumah yg dimiliki oleh seorang perempuan yg bernama Park Ha..Permulaan cerita mmg Park Ha amat terkejut tengok mereka berempat tiba2 je dirumahnya dan berpakaian seperti orang2 dulu siap berpedang bagai..manakala mereka ber-4 pula juga terkejut bila menyedari mereka kini berada ditempat yg sungguh asing untuk mereka..memang kelakar habis waktu ni bila tengok diorang sangat jakun melihat kereta,bangunan tinggi dan mcm2 lagi hehehe..nasibla Park Ha ni baik hati dan cuba tolong diorang ni walaupun pada awalnya Park Ha menyangka mereka ber-4 ni orang Gila yg terlepas hehe..Park Ha akhirnya membenarkan mereka ber-4 ni tinggal dirumahnya dengan syarat mereka harus menjadi pekerjanya..Park Ha juga cuba mengajar mereka menyesuaikan diri dengan zaman moden ni..Park Ha ni la yg beli baju,jadi cikgu diorang serta memasak untuk diorang..
Putera Raja tuh bernama Lee Gak..Pada suatu hari Lee Gak ni mendapat tahu yg ada seorang lelaki yg bernama Tae Yong yg mukanya serupa dan sama dengannya..lelaki yg bernama Tae Young tuh telah hilang dilaut angkara perbuatan jahat sepupunya Tae Mo. Lee Gak yakin yg Tae Young adalah dirinya yang telah dilahirkan semula di Zaman Moden ni..Diatas beberapa sebab Lee Gak akhirnya terpaksa menyamar sebagai Tae Young untuk menyiasat beberapa perkara..Park Ha pula ada seorang kakak yg bernama Se Na tapi mereka tak rapat kerana telah terpisah sejak kecil..Se Na ni pulak mmg seorang yg jahat yg sentiasa pentingkan diri sendiri serta berlagak mcm anak org kaya.Nak dijadikan cerita Se Na nih juga adalah kelahiran semula bakal isteri putera Raja (Lee Gak) yg kononnya telah mati dibunuh pada zaman dahulu manakala Park Ha ni juga menjadi adik Se Na masa zaman dulu.
Disebabkan tuh setiap kali Lee Gak terjumpa Se Na dia pasti jadi x tentu arah sebab terlalu rindu ngan bakal isterinya pada zaman dulu dan Lee gak cuba memikat Se Na.
Park Ha semakin lama bersama dengan mereka berempat semakin selesa pula..diorang berlima dah macam satu keluarga gitu..akhirnya Park Ha menyedari yg dia sudah jatuh cinta dengan putera raja tu iaitu Lee Gak..Park Ha sangat sedih bila mengetahui Lee Gak suka akan kakaknya yg jahat tu yg bernama Se Na..Park Ha hanya memendam perasaannya pada Lee Gak sehinggalah pada suatu hari ketika keluar dengan Lee Gak,Park Ha secara x sengaja telah terhantar SMS i love you kat Lee Gak..Namun Lee Gak x perasan akan sms tu..Lee Gak pergi beli minuman dan pada ketika itulah Park Ha mengambil telefon Lee Gak dan cuba memadam SMS yg dia hantar tuh namun tepon Lee Gak tuh kena masukkan password baru leh bukak..haha..bayangkan betapa paniknya Park Ha masa tuh dan akhirnya Park Ha mengambil tindakan drastik dengan menanam telepon Lee Gak tuh dalam tanah kt situ hahaha..mmg giler masa nih..akhirnya boleh plak ada anjing kat situ yg cuba gali balik tanah tuh yg tertanamnya tepon Lee Gak..
Perbuatan anjing tuh telah menarik Perhatian Lee Gak..dan Lee gak terus memerhati manakala Park Ha dah mula panik lalu cuba mengajak Lee Gak ke tempat lain namun Lee Gak x mahu..Akhirnya anjing tuh berjaya menjumpai telefon Lee Gak haha..dan akhirnya Lee Gak sedar yg tu telefonnya..lalu memandang Park Ha dan cakap Ko Tanam Telefon aku!!!??? tapi die cakap bahasa Korea laa haha Park Ha yg gelabah tahap maksimum terus naik basikal dan blah secepat mungkin dari situ..manakala Lee Gak masih keliru dengan apa yang jadi lalu membaca mesej dalam teponnya lalu terkejut beruk dan akhirnya Lee Gak mengetahui yg Park Ha dh jatuh cinta dengannya..sweet jer..kemudian Lee Gak terus mengejar Park Ha..Namun Lee Gak x dapat nak balas cinta Park Ha tuh maka Park Ha terpaksa lah syok sendiri kan..Walaupun begitu Lee Gak sangat mengambil berat tentang Park Ha..akhirnya Lee Gak nak bertunang dengan Se Na..Namun semakin lama Lee Gak kenal Se Na semakin banyak perkara buruk tentang Se Na diketahuinya..akhirnya Lee Gak sedar yg dirinya juga sudah jatuh cinta dengan Park Ha..sweet jer diorang ni hehehe..
Namun apakah kesudahan Lee gak dan pengikutnya apabila mereka sorang demi sorang hilang begitu sahaja dan kembali ke tempat asal mereka iaitu pada 300 tahun dahulu?Sorang demi sorang akan hilang pada bila2 masa saja membuatkan Lee Gak dan pengikutnya berasa panik..kerana mereka dh suka tinggal di zaman moden serta mereka berempat kesian dan x sampai hati nak tinggalkan Park Ha sorang2..bagaimana pula kesudahan percintaan Lee Gak dan Park Ha bila Lee Gak juga terpaksa kembali ke tempat asalnya?bagaimana pula dengan pertunangan Lee Gak dan Se Na?serta macammana pula dengan misteri kehilangan Tae Yong?Tae Young dijumpai dan masih hidup namun masih koma lalu bagaimana pula dengan nasib Tae Yong adakah dia akan bangun dari koma?Nak tahu kesudahannya korang kena tengok cerita nih..apa yang aku ceritakan kat dalam entry ni hanya sebahagian dari jalan ceritanya.ikutkan jalan cerita die lebih dalam dan banyak watak..aku just cerita sedikit sahaja..memang x rugi tengok cerita ni sangat best terutama adegan2 yg kelakar tuh ahahaha..
Walaubagaimanapun Ending cerita ni adalah happy ending tapi dalam happy tuh masih ada sedihnya sebab Lee Gak dah kembali ke tempat dan zaman asalnya..huhu sedihnyerr...tapi still happy ending gak laa...nak tahu camne ending die kenala tengok drama ni..lupa nak cakap drama ni memang box office la kat Korea tuh n drama ni juga antara drama terbaru tahun 2012 yg start ditayangkan kat Korea pada bulan Mac yang lalu..kira cerita ni masih fresh lagi n aku rasa drama ni antara drama Hot untuk tahun 2012..