Sunday, December 9, 2012

ARANG AND THE MAGISTRATE


ARANG AND THE MAGISTRATE~KoReaN DraMa RevieW

Assalammualaikum..
beberapa minggu yang sudah aku baru sahaja habis menonton kesemua episod drama Korea yang bertajuk Arang And The Magistrate ni..drama ni mempunyai 20 episod.Tarikan utama drama ni bagi aku adalah pelakon utamanya..hehe aku suka gandingan diorang ni sebab dua2 sama qiut and comel gitu..hero cite ni adalah Lee Jun Ki,die ni adalah hero ke-2 drama My Girl dulu ingat x?and heroin cite ni adalah Shin Min Ahyang sebelum ni jadi heroin dlm drama My Girlfriend is A Gumiho..so bila keduanya digandingkan dlm 1 drama yg sama..so semestinya sgt sweet la kan..
Comelkan Shin Min Ah ni hehe seterusnya drama ni menarik sebab ianya ala2 kisah misteri+seram fantasy gitu..bermula dgn Shin Min Ah iaitu Arang yang menjadi Roh yang tidak tenteram serta hilang ingatan yang cuba merungkai sebab kematiannya..Dia bertemu Lee Jun Ki iaitu Eun Oh yang boleh melihat roh serta dlm misi mencari  mencari ibunya yang telah hilang..akhirnya Eun Oh mendapat petunjuk bahawa Arang dan Ibunya mempunyai saling kaitan maka Eun Oh membantu Arang dalam menyelesaikan Misteri kematian Arang dan kehilangan ibunya.
Walaubagaimanapun Arang akhirnya menjadi manusia kembali utk menyiasat dan mencari sebab kematiannya dan dibantu oleh Eun Oh yang menjadi Magistrate disitu..dalam x sedar Eun Oh akhirnya telah jatuh cinta pada Arang..namun Arang telah menolak cintanya dengan alasan die tidak dapat hidup lama di alam manusia kerana perjanjian telah dibuat dan bila tempoh masa dah cukup die terpaksa kembali ke tempat asalnya..Arang juga sebenarnya sangat menyayangi Eun Oh..
Drama ni ala-ala fantasy sikit sebab ada wujud watak2 seperti tuhan syurga tuhan neraka..watak2 ni mmg agak kelakar bagi aku sangat x logik haha..tapi nama pun drama kan layankan jerla..Dari segi watak2 jahat dalam drama ni mmg menjadi..nampak sangat kejahatannya..menyampah je tgk tau hehe..Eun Oh memang sering bimbang akan keselamatan Arang die akan sedaya upaya melindungi Arang dari segala ancaman..
Bagi aku drama ni best sebab mcm2 ada, kelakar ada,Misteri ada,seram ada,fantasy pun ada sweet pun ada haha..ending cerita ni mmg agak dramatik sikit bagi aku sebab Arang terpaksa kembali ke tempat asalnya dan terpaksa tinggalkan Eun Oh sndiri..namun Eun Oh mengorbankan dirinya lalu hilang mcm tuh sahaja..huhuhu sedih plak jadinya..Misteri kematian Arang juga terjawab di episod akhir drama ni..namun begitu Arang dan Eun Oh mcm dilahirkan semula tapi masih mengingati apa yang telah berlaku kpd mereka begitulaa ending die haha walupun mcm konfuse sikit waktu ending tuh masa diorang dilahirkan semula tuh..
 
WaTak PerWatakkaN

1-AranG

2~Eun Oh/Magistrate
3~Ju Wal
Gambar dibwh ni adalah ketika di Majlis Pelancaran Drama Arang And The Magistrate..qiut kan Shin Min Ah tuh Lee Jun Ki pun sama nampak sepadan la diorang ni sama qiut sama sweet..Shin Min Ah nampak sgt cantik bila tersenyum dan ketawa =)
 
Hehehe pendek kata mmg berbaloi tengok drama ni =) sekarang ni tgh layan drama To The Beautiful You & The Innocent MaN..best gak..hehehe

No comments:

There was an error in this gadget