Sunday, December 9, 2012

To The Beautiful You


To The Beautiful You~KoreaN DraMa Review


Assalammualaikum..
Semalam baru habis menonton Korean Drama To The Beautiful You..n hari ni terus buat review hehe bukan pe kalau biar lama2 nanti jadi malas plak nk buat dah so sementara ada mood ni tuh yg terus buat review..Drama ni memang best..walaupun ianya cerita remaja gitu tapi memang sangat menghiburkan..sangat berbaloi menontonnya..kelakar,sweet,qiut semua ada dalam cerita ni..Drama ni banyak muka budak2 hensem k..haha n ada 16 episod semuanya..drama ni mengajar erti persahabatan,cita-cita,harapan dan Impian,kasih syg dan mcm2 lagi so x rugi menonton..konform terhiburnya =)
Drama ini mengisahkan Goo Jae Hee yg merupakan gadis Korea tetapi tinggal di USA..Satu hari die ni tgk tv dan telah terinspirasi dengan atlet Lompat Tinggi Korea iaitu Kang Tae Joon yg berjaya memenangi Emas dlm Olimpik. Sejak Hari itu Jae Hee mula meminati dan menjadikan Kang Tae Joon sebagai idolanya. Wbgmnpun selepas itu K.Tae Joon bergelut dengan kecederaannya yg memungkinnya terpaksa bersara dlm acara Lompat tinggi. Untuk melihat K.Tae Joon pulih semula dan kembali aktif dalam acara sukan lompat tinggi,G.Jae Hee sanggup datang ke Korea dan mengubah penampilannya dari seorang perempuan kepada lelaki dan memasuki sekolah yang sama dengan Kang Tae Joon. Maka selepas itu bermulalah hari2 yg penuh cabaran untuk G.Jae Hee..G.Jae Hee akhirnya menjadi rakan sekelas K.Tae Joon namun lebih memeranjatkan lagi bukan saja rakan sekelas tapi secara kebetulan G.Jae Hee juga menjadi rakan sebilik kepada K.Tae Joon..Namun diawalnya K.Tae Joon sangat dingin dengan G.Jae Hee dan die juga x suka berkongsi bilik dgnnya sempat juga la die menghalau G.Jae Hee tuh dari biliknya sebelum akhirnya terpaksa menerima G.Jae Hee menjadi roomate nyer & akhirnya menjadi rapat.
Apapun memang suka tengok Kang Tae Joon ni yg dilakonkan oleh Choi Min Ho ni ni hehe penuh gaya n mmg sangat popular kt sekolah die..awalnya die digambarkan agak dingin dengan semua org n die suka buat hal die sendiri x bercampur dgn org pendek kata nampak sombong sikit sedangkan die sebenarnya seorang yang baik hati, suka tengok dorm n bilik2 dlm asrama diorang dlm drama ni sangat cantik lorrr..akhirnyaK.Tae Joon mendapat tahu yang G.Jae Hee ni seorang perempuan tapi die berpura-pura seperti x tahu yg G.Jae Hee ni prmpuan..byk kali jugak la die tolong G.Jae Hee sembunyikan rahsia G.Jae Hee dari terbongkar kpd kwn2 yg lain. haha dan paling best die akhirnya jatuh cinta pada G.Jae Hee =) suka tengok die ambik berat pada roomates die tu haha kalau G.Jae Hee x balik bilik selepas pukul 10 mlm mulalah die risau n akan keluar pegi mencari G.Jae Hee..so sweet..pastu sangat seronok bila tgk K.Tae Joon ni mula rasa cemburu melihat keakraban G.Jae Hee dgn kwn baiknya iaitu Cha Eun Gyeol..
Sememangya sangat seronok melihat telatah Cha Eun Gyeol ni die ni pemain bola Sepak posisi Striker n mmg die ni jenis happy go lucky,ceria sokmo die ni org pertama sekali yg baik ngan Goo Jae Hee selepas G.J.Hee masuk sekolah lelaki tuh..akhirnya lama kelamaan die juga merasakan die telah jatuh hati kepada Goo Jae Hee namun die sentiasa menafikan perasaannya kerana baginya G.Jae Hee adalah seorang lelaki bukan perempuan..jadi die sentiasa keliru dgn perasaannya dan kadang2 die merasakan dirinya adalah Gay sbb suka dgn G.Jae Hee yg disangkannya benar2 lelaki.haha sgt seronok tgk die jadi x tentu arah haha paling best bila die memberitahu perasaannya pada G.Jae Hee walupun die x tahu G.Jae.Hee adalah perempuan. AKhirnya bila die tahu G.J.Hee adalah perempuan die mmg rasa marah sbb rasa dipermainkan..

Watak lain yang aku suka adalah Seol Han Na, awalnya agak menyampah gak ngan die ni..die ni kira baik ngan K.Tae Joon sejak kecil lagi..K.Tae Joon anggap die dh mcm adik sendiri tapi die plak anggap K.Tae Joon lebih dari itu..Die Juga antara org yg awal dapat tahu yg Goo Jae Hee ni perempuan dan menjadi penghalang antara hbungan G.J.Hee dan K.Tae Joon..Namun aku suka part die mula berubah sikit pas die kaki die cedera tuh die akhirnya melepas K.Tae Joon dari sisi die..walaupun sbnrnya die x rela..
Okeylaa setakat nih jela bebelan aku pasal drama ni..rasa mcm pjg sgt dh ni hehe..kalau nk tgk cite korea yg best2 utk tahun 2012 bolehla tengok cerita ni nanti yer...
Jom tengok video lagu tema drama ni yg bertajuk Stand Up serta klip2 video dari drama ni..best lagunyer suke2..
 

1 comment:

Anonymous said...

Hanazakari No Kimitachi E