Tuesday, December 4, 2012

oreo cheese cake!


nak resepi?



jom kte tgk bahan-bahan nya...

80ml fresh milk
50g butter
250g cream cheese
100ml whipping cream
1 table spoon gula perang/merah
1 table spoon gelatine + 40ml air panas
1/2 cawan gula
2 paket oreo

itu je bahan-bahan nya...
nak senang,
kte bahagikan bahan2 tu kpd dua bahagian,

bahagian A

2 paket oreo
1 table spoon gula merah/perang
50g butter

ok pertama skali kita harus membina bahagian bawah kek ni,
dia punya crust,
kita pakai oreo,
pakai semua nya dan tinggal kan lebih kurang 7-8 keping je...
tapi kena asingkan cream oreo tu dulu...

nak pakai yg hitam ni dulu...yg krim putih tu pakai utk bahagian lain..

krim putih tuu...


lepas dah asingkan,
korg hancur2kan biskut tu sampai hancur...
pakai tangan sudehh...
nak pulak korg pakai lesung batu
ataupon blender nk hancur kan biskut ni?
terserah anda...
macam ni tau!

haa..henyak2 lah biskut tu sampai jadi cam serbuk...

bilaa dah hancur camtu,
korg masukkan lah 50g butter td...
make sure butter korg tu lembut lah,
xperlu dicairkan, cukup untuk memudahkan 
korg nak gaulkan dengan biskut tuu...
dah rata, sebati...
masukkan pulak satu sudu gula perang/merah...
gaul lagi sampai lah sebati ye...
dah siap dah 'tapak' kek ni...
oh ye, masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.


dah siap, masukkan dalam peti sejuk..


then, we move to next part of the cake,

bahagian B

250g cream cheese
80ml fresh milk
1/2 cawan gula
100ml whipping cream
krim oreo yg dah dipisahkan

get it?
ok now,
masukkan cream cheese tu ke dalam bekas,
lenyek2 dulu cheese tu,
pastu masukkan 80ml fresh milk tu,
gaul sebati,
pastu masukkan 1/2 cawan gula,
gaul lagi...
masukkan 100ml whipping cream,
gaul lagi,
masukkan 1 sudu gelatin yg dah dibancuh dengan 40ml air panas.
make sure gelatin tu betul2 larut ye...
masukkan krim oreo yg dah diasingkan td tu...
tak nak ada ketul2 yea...
eh, eh..
lupa pulak,
ingat tak balance 7 keping oreo yg ditinggalkan tadi?
amk la dalam 3 keping oreo tu,
hancur2kan macam kte buat tapak kek tu tadi...
pastu masukkan dalam adunan tadi...
eh, paham tak ni?
baki lagi 4 tu utk topping.

ini lah dia cream cheese tuu..

dah campur gula, susu, whipping cream, 
cream cheese dan gelatin...

dah campur dengan oreo yg dah dihancurkan...



last sekali,
kluarkan balik tapak kek yg dalam peti sejuk tu,
lalu jiruskan bahagian B ke dalamnya..
pastu letak lah baki 4 keping oreo yg tggl tu sbg topping..
dah siap!
eh, jgn terus makan pulak!
masuk dalam peti sejuk,
jgn masuk oven pulak!
resepi ni xmemerlukan oven ye...


bahagian B ke dalam bahagian A...

dah siap, masukkan dalam peti sejuk balik dalam 4-5 jam...
tapi agak2 dah sejuk tu, makan jea..hahaha...

nak tau ape rasa oreo cheese cake aku?
sedap!
cukup rasa..
tapi xkeras sgt..
mungkin aku xcukup sejuk lagi kot...
xsabar nak makan!

inilah hasilnya!

dah siap!
xpayah nak beli2,
buat sendiri je...
kan?

No comments:

There was an error in this gadget