Sunday, December 9, 2012

New KoReaN DraMa-BiG (So Nice ^_^)


New KoReaN DraMa-BiG (So Nice ^_^)

Assalammualaikum...apa khabar semua...
hari ni saja nak share 1 drama yg best..bagi yg minat drama Korea..korang patut tengok drama Korea yg terbaru nih yg bertajuk BIG tajuk die mmg x boleh blah mcm xde tajuk yg lagi best kan..tajuk tuh gak die nak guna..tapi jalan cerita sgt sweet bagi aku..drama ni antara yg terbaru di Korea panas2 lagi baru keluar dari oven jer ni n masih ditayangkan di Korea lagi sekarang ni baru masuk episod 10 ada baki 6 episod lagi lau x salah..so ending cerita ni masih x tahu..waaaa kenapa lambat sangat adoiii...
korang bayangkan bila ada dua lelaki sorang berumur 18 tahun sorang lagi 30 tahun..kedua-duanya kemalangan dan tenggelam..tapi dua-dua terselamat..tapi roh budak lelaki berumur 18 tahun tuh telah termasuk dalam badan lelaki yg berumur 30tahun tuh manakala sorang lagi telah koma..Bayangkan bagaimana seorang remaja nak hidup seperti seorang lelaki dewasa dan bekerja sebagai doktor dan die terpaksa hidup dalam badan orang lain..Lagi best bila lelaki yg berumur 30an tuh ada tunang dan tunangnya tuh adalah guru kepada budak lelaki yg berumur 18 tahun tuh tadi hahaha..
Maknanya kedua-dua lelaki berkenaan ada kaitan ngan seorang perempuan yg bernama Gil Da Ran yg mana dia adalah tunang dan guru kepada kedua-dua lelaki tersebut..dan Gil Da Ran nih memang tahu yg roh anak muridnya telah masuk kedalam badan tunangnya..haha jadi banyak la benda2 lucu berlaku..kemudian keluarga Gil Da Ran mendesak supaya dia cepat2kahwen sbb dah bertunang lama dh..maka keadaan lebih kelam kabut..sedikit demi sedikit pelajar nya itu mula suka dengan gurunya sendiri..tapi gurunya iaitu Gil Da Ran dh reject sebab die hanya menganggap pelajarnya yg berada dlm badan tunangnya tu hanya seorang budak kecik yg belum matang hahaha..kemudian diorang berpisah selama setahun..dan dalam tempoh masa setahun pelajarnya itu cuba melengkapkan diri untuk menjadi lebih matang dan dewasa dengan lebih cepat..
Akhirnya selepas setahun diorang bertemu dan berhubungan semula..akhirnya pelajarnya mengajar Gil Da Ran kahwin jer habis cite haha..guess what..atas desakan keluarga dan mcm2 perkara yg berlaku..Gil Da Ran berkahwin juga dengan pelajarnya yg kini berumur 19 tahun..hehe dan selepas berkahwin hubungan diorang macam biasa jer..tapi lama kelamaan Gil Da Ran mula jatuh hati sedikit demi sedikit dengan pelajarnya tu haha..tapi keadaan makin sukar bila kelihatan roh mereka iaitu roh lelaki yg berumur 30dan 19 tahun tuh mula kembali ke badan asal..tapi sekejap jer dalam beberapa saat jer..jadi Gil Da Ran mula bimbang bila die risau akan kehilangan pelajar yg dicintainya..episod yg latest aku tengok baru aku tau Budak lelaki yg berumur 19 tahun dan lelaki yg berumur 30 tahun tuh rupanya adik beradik 1 ayah lain mak..tapi dua lelaki berkenaan x tahu yg mereka adik beradik..patutla badan/roh leh tukar2..haha..
lelaki yg berumur 19 tahun tuh sebenarnya ada kawan perempuan.yg mmg fanatik dan obses dgnnya..yg bernama Jang Mari..dan Jang Mari akhirnya tahu juga rahsia dirinya yg dirinya telah terperangkap dlm badan orang lain..mcm2 caralah yg Jang Mari buat untuk mengembalikan rohnya ke badan asal mcm jumpa bomoh dan sebagainya..mmg kelakar cerita nih..sedih pun ada..jadi sape yg minat tengok cerita korea..haruslah tonton drama ni..bagi yg x minat layan gambar dh la ahaha..
dengar cerita skrip drama ni ditulis oleh penulis skrip drama2 popular seperti drama My GirL,My Girlfriend Is A Gumiho,Greatest LoVe..patutlah jalan cerita drama nih best rupanya penulis skrip sama..haha..
Dari segi pelakon2 nya memang muka2 pelakonnya aku dh kenal dri drama2 sebelum2 ni..antaranya Hero drama ni adalah hero drama cite Coffe Prince manakala Heroin yg pegang watak Gil Da Ran nih pernah berlakon dlm drama popular Boys Over Flower..manakala Jang Mari ni adalah pelakon dalam cerita Dream High..haha jadiketiga mereka bergabung dalam drama BIG ni..Hero drama nih mmg handsome..hehe pastu karakter die ala2 remaja gitu..sweet gler..kelakar pun ada haha..
Sygnyer x tahu laa ending drama nih cmne..aku suke kalau Gil Da Ran ngan student die jer sbb diorang dh saling menyukai..tapi dapatkah Gil Da Ran menerima dan masih menyukai student/pelajarnya bila rohnya dah kembali ke badan asal..??aku pun konpius dah..cmne lak ngan reaksi diorang bila mereka tahu mereka adik beradik pastu minat perempuan yg sama lak tuh..haha..interesting drama nih..awalnya masa tgk sinopsis drama ni nmpk mcm bowink sikit..sbb nampak klise mcm drama lain..bila dh tgk baru rasa drama ni best dan menarik..hehe
Eksaited punya pasal terus buat entry pasal drama BIG nih sedangkan episodnya x habis tayang lagi hehehe..aku belum buat review drama Korea yg dh habis aku tgk iaituRooftop Prince dan Queen In Hyun's Man..terus dh buat entry nih hehehe..

No comments: