Wednesday, November 28, 2012

Boys Before Flowers (BBF)

Amaran: Entri kali ini maybe tersangat la panjang dan penuh dengan gambar dan video. So sila baca dengan penuh kesabaran ye sampai habis!(sila scroll ke bawah untuk dapatkan download link)

*boys over flowers/boys before flowers

Finally bertarikh 12 Januari 2010 aku dah habis tengok drama Boys Over Flowers (BOF) ataupun nama lain Boys Before Flowers (BBF) ni. Yeah! Aku dah habiskan sampai episode last. Ohhh. Aku mengambil hampir seminggu untuk habis tengok. Si pengemar cerita Meteor Garden(Taiwan) mesti tengah syok layan cerita ni kat 8tv bukan?hehe 


So Yi Jung, Goo Jun Pyo, Geum Jan Di, Yoon Ji Hoo, Song Won Bin

So Yi Jung: Pembuat tembikar yang kaya.
(Hero)Goo Jun Pyo: Pewaris Shinhwa Group.
(Heroin)Geum Jan Di: Gadis biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
(Soulmate Jan Di)Yoon Ji Hoo: Cucu kepada bekas President Korea.
Song Won Bin: Agak misteri keluarga dia. Tapi dia kaya gak. Orang Macau panggil dia Putera Song.

Memula aku tengok BOF ni kat 8tv (sekarang pun masih ditayangkan lagi). Well. As you all know la, BOF ni kan cerita lebih kurang macam Meteor Garden kan. Siapa tengok? Rugi kalau terlepas tengok Meteor Garden versi Taiwan tu. Maaf, versi Jepun punya aku tak pernah tengok lagi. Jiwa aku tak in dengan cerita Jepun ni.haha.

Aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku tak kan langsung nak tengok BOF ni sebab takut ketagih. And then.. lepas tengok satu episode tu kat 8tv ada la aku usha kejap kat Mysoju. Aku start dengan tengok episode 1 kat Mysoju. Berjanji palsu lagi. Lepas tengok episode 1 tak nak tengok. Tapi tak sangka aku dah habiskan cerita tu sampai episode 25 kat Mysoju dengan Youtube.haha.

Gu Jun Pyo ♥ Geum Jan Di "Our First Night!"

First night? Haha. Bukan seperti yang korang fikirkan (dirty minds). Itu la kali pertama Jun Pyo dengan Jan Di date kat Nam San Tower.

Episode 9 paling best dan paling bahagia tanpa gangguan plan jahat oleh mak Jun Pyo. Masa tu Jun Pyo offer diri nak bermalam satu malam kat rumah Jan Di.
*dengan keluarga Jan Di, Jun Pro mula mengeri apa itu erti KELUARGA.


Ok. Lepas tu muncul la pulak mak Jun Pyo yang terang-terang menghalang hubungan Jun Pyo dengan Jan Di. Alasannya Jan Di tak setaraf dengan keluarganya. Jun Pyo gelar mak dia sendiri 'si ahli sihir'.haha.

*yang duduk sebelah Jun Pyo tu mak Jun Pyo. Btw, aku memang suka babak ni. Macho siot aku tengok Jun Pyo turun dari kereta dan kiss Jan Di.awwww.



By the way, hubungan Yi Jung dengan Ga Eul pun berkembang sama. Ga Eul kawan baik Jan Di yang jatuh cinta kepada kawan baik Jun Pyo, Yi Jung.

*Ga Eul and Yi Jung

Actually lepas episod 12 (bermain ski), di situla bermulanya keterujaan aku nak tengok sampai habis.

*Saat Jun Pyo bagi rantai kat Jan Di. J♥J.

*episod 12 (aku nangis dohh tengok babak ni)


Babak tersebut ialah babak terakhir Jun Pyo (si-hero) dan Jan Di (si-heroin) akan bertemu. Kenapa? Sebab lepas tu, ayah Jun Pyo disahkan 'meninggal'(ni semua penipuan oleh mak Jun Pyo. Si ahli sihir tu!). Disebabkan ayah Jun Pyo meninggal, so Jun Pyo kena jaga bisnes keluarga dia (Shinhwa Group). Terpaksa la dia tinggalkan Korea dan pergi ke Macau untuk uruskan segala perniagaan keluarga dia kat situ.

"I'll return soon.Wait for me. I love you, Geum Jan Di."

Masa Jun Pyo sedang dalam perjalanan ke Macau, dia sempat hantar message tu kat Jan Di. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Lepas episod 12 memang banyak babak yang bermain dengan air mata. Entah dah berapa tong air mata aku keluar. Lebih-lebih lagi bila Jun Pyo nak putuskan hubungan dia dengan Jan Di kat Macau. Sangat-sangat sedih dan kejam.

Sebab Jun Pyo terpaksa putuskan hubungan dia dengan Jan Di ialah Jun Pyo tahu mak dia tak kan lepaskan Jan Di selagi Jan Di ada hubungan dengan dia. Mak Jun Pyo akan buat apa sahaja supaya Jan Di keluar dari hidup Jun Pyo.

Untuk melindungi Jan Di, Jun Pyo terpaksa lupakan perasaan cinta dia kat Jan Di. Dan bertunang dengan Jae Kyung (pilihan hati mak dia). At the end, Jun Pyo dengan Jae Kyung tak jadi kawin. Jae Kyung yang lepaskan Jun Pyo kat Jan Di.

Masalah dorang tak kan selesai walaupun Jae Kyung dah lepaskan Jun Pyo. Selagi mak Jun Pyo tak putus asa nak kacau hubungan dorang, memang dorang banyak masalah. Kali ni mak Jun Pyo buat kejam lagi. Mak dia seksa kehidupan kawan-kawan Jan Di. Jan Di akhirnya terpaksa lepaskan Jun Pyo sebab tak nak kawan-kawan dia terseksa.

*comel kan lukisan tu. Jan Di dengan Jun Pyo berkelah sama-sama. Jan Di nak gembirakan Jun Pyo sebelum dia lepaskan Jun Pyo pergi.


Kemuncaknya, Jun Pyo accident masa nak selamatkan Ji Hoo dari kena langgar kereta. Jun Pyo hilang ingatan. Satu-satunya orang yang dia tak ingat langsung ialah Geum Jan Di.

*selamat lepas accident tapi hilang ingatan. so sad. T.T


Tetiba lak muncul Yu Mi. Jun Pyo kenal Yu Mi masa kat hospital tempat Jun Pyo ditempatkan untuk dirawat. Menyampah aku dengan perempuan tu. Mengambil kesempatan sebab Jun Pyo hilang ingatan.

*Yu Mi.


Jan Di sanggup terjun masuk kolam renang sebab Jun Pyo dah tak ingat kat dia. Masa tu la ingatan dia pada Jan Di dah kembali semula. Padan muka Yu Mi. Melepas la nak belajar sama-sama dengan Jun Pyo kat US.haha.

*Jun Pyo melamar Jan Di. Itu la Nam San Tower; Tempat date Jun Pyo dengan Jan Di for the first time


Tapi masa tu Jan Di tak terima lamaran Jun Pyo lagi. Dia nak Jun Pyo pergi US untuk study kat sana dan kembali lepas 4 tahun dan lamar dia balik.

Lepas 4 tahun Jun Pyo kembali kat Korea. Masa tu siapa tak kenal Jun Pyo sebagai pewaris Shinhwa akan datang. Famous beb! Dan sekali lagi Jun Pyo melamar Jan Di.

*romantik moment

Belum sempat Jan Di jawab lamaran Jun Pyo, muncul la pulak kawan-kawan Jun Pyo. Yi Jung, Ji Hoo dengan Won Bin. Katanya Jun Pyo dengan Jan Di kena minta kebenaran dorang untuk berkahwin.haha. Tinggal misteri sama ada Jan Di terima lamaran Jun Pyo ke tak. Tapi aku rasa mesti dia terima kan. Tak kan la dia nak lepaskan Jun Pyo lagi bila mak Jun Pyo pun dah restui hubungan dorang.

*The End.


Walaupun ramai yang rasa Jan Di dengan Ji Hoo at the end but the hero always win kan? Ji Hoo soulmate Jan Di tapi future husband Jan Di ialah Jun Pyo. At last Jun Pyo and Jan Di. I loikeeee. Aku harap TAK ada Boys Over Flowers Season 2 sebab biarkan la dorang bahagia dan happy. Tak payah la ada season 2 yang penuh dengan dugaan lagi.huhu.

Fyi, ini kali pertama aku tengok cerita korea yang cakap dalam bahasa korea. Selama ni tengok kat TV yang dah dialih bahasa ke mandarin.hehe. Opsss. Teruja kejap masa tulis entri ni. Antara review yang terpanjang aku pernah tulis kot.haha.

p/s: Walaupun skrip dia agak kucar-kacir dan banyak babak yang tak masuk akal tapi aku tetap suka drama ni selain Meteor Garden 1&2.hoho.

*Baca je English Subtitle tu. Sangat bermakna untuk aku (: 'Because I'm Stupid' by SS501.
Boleh dimuat turun video ini dalam format AVI; Because I'm Stupid(mediafire)


Drama ni boleh dimuat turun; Boys Over Flowers (mediafire)or(megaupload)

Kalau nak tengok online; Mysoju. Boleh juga tengok kat YouTube tapi aku tak galakkan sebab dia banyak skip disebabkan isu copyrighted.

*Yes Or No? Still have no answer for that.


The End Of Boys Over Flowers. Rating: 10 stars!

No comments: