Wednesday, November 28, 2012

Queen In Hyun's Man


*Ji Hyun Woo and Yoo In Na forever #crazyfangirlsmode*

Ehem. Kalau nak baca edisi pertama boleh baca dalam entri ini [link] . Hati aku berbunga-bunga lagi untuk kali kedua. hikhikhik. Apa lagi kalau bukan sebab Queen In Hyun's Man (QIM) tu. Cerita tu dah habis sejak minggu lepas. Tapi bagi aku cerita ni tak akan pernah habis. Sentiasa mekar dalam hati aku macam cerita The Princess' Man (review baca sini) yang menjadi kegilaan aku pada tahun lepas.

Aku rasa malas nak review panjang-panjang cerita QIM ni sebab dah memang best. Sampai besok pun tak akan habis review cerita best macam ni. QIM punya ending walaupun tak logik tapi kau jangan expect sesuatu yang logik dalam cerita tu sebab cerita tu genre dia fantasy time-traveling. Ah.. aku faham sangat ending dia. Sebab Hui Jin dah ingat balik memori dia dengan Kim Bong Do. Sebab tu time dia telefon tu , Kim Bong Do berjaya kembali ke zaman moden semula. Kekuatan cinta dorang yang hubungkan semula Kim Bong Do dengan zaman moden semula. Doesn't it sound sweet? hikhikhik. Engkau tahu Ji Hyun Woo dengan Yoo In Na berlakon dalam cerita tu macam real couple. Cara dorang kiss tu nampak sangat Ji Hyun Woo sangat ikhlas. Dari dulu lagi aku harap dorang betul-betul kapel.

*omo..... his jawlines is sexy #majorturnon*

Aku semakin suka dengan Ji Hyun Woo ni tahu. Sampai dah sanggup tengok cerita tahun lepas dia tu ; A Thousand Kisses 50 episodes. Episode banyak belakang kira. Eh cerita tu pun kira menarik juga untuk aku. Worth to spend my times to watch it though. Sampai sekarang aku tak akan lupakan cerita QIM tu. Kalaulahhhh QIM tu bukan dari cable TV aku rasa tahun ni mesti cerita tu banyak menang award tahu macam The Princess' Man tahun lepas tu. Ah...

Kim Bong Do sangat gentleman dalam tu. I love to be single. Tapi tapi bila tengok QIM aku rasa nak bercinta. Nak mencintai seseorang. Nak dicintai seseorang oleh manusia sepeti Kim Bong Do. Tahu lah dia tak pernah wujud dalam dunia ni tapi hati aku sangat berharap ada lelaki macam tu wujud T______T. Lelaki macam tu cuma wujud 300 tahun yang lalu je dan di Joseon. keke. Aku sendiri dah tak percaya lelaki gentleman macam Kim Bong Do masih wujud di zaman moden macam ni. Kalau jumpa lelaki macam tu I will grab him *mata bersinar-sinar penuh harapan* .

Oh btw, Ji Hyun Woo (Kim Bong Do dalam QIM) confess dekat heroin cerita QIM tu , Yoo In Na yang dia suka Yoo In Na. Bukan jenis suka sebagai kawan. Suka sebagai kekasih. Malam habis episode last QIM tu terus aku kecoh dekat Twitter dengan Facebook pasal confessing Ji Hyun Woo kat Yoo In Na. Daebak lah. Sampai masuk Allkpop semua. Lepas malam dia confess tu dia terus diam je. Twitter pun tak update. Last last lepas beberapa hari dia cakap dengan fans dia tak payah risau pasal dia. Dia sihat. lol. Video confess dia ada dekat Youtube. Cari sahaja "Ji Hyun Woo confessing" konfem ada siapa dalam english sub lagi. hikhikhik

*still love this scene though this is not the ending of it*

Namun begitu sampai sekarang tak tahu lah sama ada Yoo In Na tu reject cinta Ji Hyun Woo atau tidak. Ala.. aku anggap dorang dah kapel secara senyap-senyap sebab Yoo In Na dari YG company. Jadi benda macam ni tak elok sangat di-public kan. hoho. Now dealing with Yoo In Na's man. Real life drama =_____________=

Lepas ni Ji Hyun Woo dah kena pergi army. sob sob sob. 2 tahun lah tak nampak dia dalam TV :((((( . Dia baru je balik dari 300 tahun lalu sekarang kena pergi army untuk 2 tahun dah. haha. Jumpa lagi 2 tahun :) . Buat masa sekarang aku tengok je drama lama-lama dia. hikhikhik

Overall, Queen In Hyun's Man bestttttttttt level 99 sampai tak tahu nak gambarkan perasaan aku terhadap QIM. Kalau nak tengok balik cerita ni pun sangat berbaloi masa kau. Baru nak start tengok? Good luck. I bet you will fall in love with Kim Bong Do like I did :')

Berapa bintang untuk Queen In Hyun's Man?
bintang yang banyak dan terkira untuknya. boleh? hikhikhik.

*The Pasta Kiss*

No comments: