Wednesday, November 28, 2012

The Greatest Love



pinjam dari kpop7
Semalam selesai menonton drama The Greatest Love. Rasanya ini cerita pertama yang tak perlu endure episode satu yang boring. Sebab dari episode satu memang dah gelak guling-guling.
Cerita ni mengisahkan kehidupan dunia artis. Sinopsis boleh baca di The Greatest Love @ Dramawiki.
Mula-mula aku tak plan pun nak tengok drama ni, but since diaorang asyik kata drama ni best aku layankan ajelah walaupun tak berapa nak minat dengan female leadnya, Goo Ae Jong. Drama lain dia yang aku ada tonton Sang Doo Lets Go To School dan Hello My Teacher.
Yang male lead, Dokko Jin tu aku tak tahu siapa nama dia tapi rasanya dia berlakon pegang watak yang serious. Dah google tadi jumpa, Athena: God of the war. Aku tak tengok pun cerita tu.
Watak dia dalam drama ni memang sangat-sangat berbeza. Lucu. Sama macam male lead  untuk drama Protect The Boss.
Watak budak kecik, Ding Dong (panggilan Dokko Jin kepada anak saudara Goo Ae Jung) pun lucu jugak. Tapi yang buat aku excited sangat-sangat sebab ada Yoo In Na.
Rasanya ni cerita first yang aku macam dilemma nak pilih hero atau second hero. Biasanya aku memang pilih second hero. Tapi kalau Jang Geun Suk, haruslah aku pilih dia.

No comments:

There was an error in this gadget