Wednesday, November 28, 2012

cerita historical



Kau pernah tengok cerita sageuk? Sageuk tu maksudnya cerita lama lama ahhh. Perempuan lelaki pakai hanbok. Gitu lah gayanya. Ada jugak yang boleh terima cerita historical. Aku plak ikut siapa hero dia macam mana jalan cerita dia. haha. Kalau sinopsis pun best rating TV kat sana pun tinggi, memang best lah kot :p

Dulu pun aku tak suka cerita historical tapi persepsi aku dah berubah sejak tengok The Princess' Man hari tu. Aku dengan tak kenalnya mana aman pelakon dalam tu boleh je tengok sampai habis. kahkahkah. Kira cerita The Princess' Man sageuk drama pertama aku. Aku tengok The Princess' Man dulu sebab sinopsis dia pasal ala ala Romeo and Juliet gitu. Tu yang menarik perhatian aku. Sampai menangis nangis aku tengok dulu. Sedihhhhh! Sib baik ending dia happy hokayyyy. Kalau tidak asdfghjkkl kat KBS tu woiii! kahkahkah.

Yang second aku tengok Sungkyunkwn Scandal. Tengok pun sebab ada Song Joong Ki dengan Yoo Chun dalam tu. Itu je sebab dia. Cerita ni macam Boys Over Flower pun ada. Macam You're Beautiful pun ada. kehkehkeh

Yang third tengah layan sekarang Tree with Deep Roots. Ni aku tengok memula sebab Song Joong Ki jadi King Sejong time remaja. Lepas tu dah tak ada dah muka Song Joong Ki tu tapi aku still tengok sampai sekarang. Ada muka Song Joong Ki pun sikit sikit je time King Sejong yang dah tua tu flashback balik time dia remaja. hihi. Adoiiii Song Joong Ki sangat comel bila jadi raja. Cerita ni best. Aku suka tengok cara king Sejong cipta Hangul. Kalau tak ada dia, aku rasa orang Korea masih bergantung dengan Hanja (tulisan cina). haha Agaknya lah kot.

Yang keempat plak cerita The Moon That Embraces The Sun. Dia baru tayang. Baru tayang rating TV kat sana kemain rancak naik. Agaknya sebab ada hero hensem dalam tu. Mana tidaknya dia pakai hero dari cerita Dream High dengan hero dari cerita Flower Boy Ramyun Shop tu. haha. Aku tengok sebab hero Dream High ada dalam tu!!!!

Yang kelima baru baru je aku download cerita dia ni. Joseon X-Files. Tak ada kerja sangat kan aku. Bukan apa.. Dia punya tajuk menarik minat aku betul. X-Files? Dalam kepala otak aku dah terbayang bayang kes misteri pembunuhan ala ala cerita X-Files tu kecuali yang ni pakai Joseon Era :D Aku belum start tengok lagi. Download pun 2 episode lagi. Nak test power ke tidak cerita ni. Kalau tak power tak yah tengok. haha.

Bila aku tengok cerita zaman Joseon ni semua, aku dah mula faham sejarah Korea tu sikit sikit. kahkahkah. Kecuali cerita The Moon That Embraces The Sun lah sebab cerita dia pakai watak fiction. Means tak pernah wujud pun watak tu. Tak macam cerita lain yang aku sebut tu. At least watak macam King Sejong memang wujud. dan apa tah nama raja dalam Sungkyunkwn Scandal tu pun yuppp memang wujud.

Zaman tengok The Princess' Man aku blurrrr sebab tak faham aku sejarah Korea ni. Bila depa cakap politik depa memang aku jadi "huh?? huh??" depan screen laptop. Nak tak nak rajinkan diri cari kat wikipedia pasal siapa King Sejong, King Munjung, King Danjong dengan King Sejo.

Sedikit sebanyak aku dah faham konflik dorang time tu sampai zaman King Sejo je lah. haha. Zaman king lain malas aku nak baca. lol. Itu je lah persiapan ilmu politik Joseon tu kena ada kalau tengok historical drama. kahkahkah! Tak yah pun tak pe. Tapi nanti kau akan blur macam aku masa memula dulu.

Ini je lah list drama historical dalam stok aku sekarang yang aku anggap sangat best bagi aku. Tak payah suggest cerita lain kat aku. Banyak gilos cerita pending kena tengok. Kang bertambah dalam list aku plak. kehkehkeh.

No comments:

There was an error in this gadget