Wednesday, November 28, 2012

perSonal tAste ...

Masih ingat akan Lee Min Ho? Pemegang watak Gu Jun Pyo dalam Boys Over Flowers tu la. Ehem3. Drama terbaru LMH dah tayang kat Korea dah. Drama itu diberi nama Personal Taste. Apa yang istimewanya pasal drama ni?

Yang istimewanya of course la pelakonnya. Lee Min Ho wehh. Mesti la ramai gadis-gadis Korea yang tengah layan cerita tu sekarang.haha. Ohh. Terlupa. Drama ni baru ditayangkan kat Korea pada hujung bulan 3- 31/3/2010.

Tapi malangnya walaupun cerita ni bersepah kat Youtube dan Dailymotion tapi apakah daya tak ada English Subtitle. Kena tunggu la gamaknya English Subtitile punya keluar. Kat Mysoju pun belum ada lagi drama ni. Agaknya pihak Mysoju pun tengah usahakan cari drama ni dalam English Subs kot.

Cerita ni berkisarkan Jeon Jin Ho(Lee Min Ho) yang merupakan lelaki normal tapi menyamar sebagai gay untuk tinggal bersama Park Kae In(Soh Yeh Jin). Jadi bila dah tinggal sama-sama tu korang boleh agak kan apa akan berlaku. Akan munculnya cinta dalam hati masing-masing :D.

Oh~ Cemburunya aku bila Lee Min Ho dipeluk oleh gadis lain. Grrrrrrr.

Walau apa pun, aku tetap akan tunggu drama ni dalam English Subs. Pasti ada punya la. Oh~ Tak sabarnya nak tengok muka kacak Lee Min Ho lagi masa berlakon. dup dap dup dap..♥♥



Via: Picture Sponsor By Korean Drama & DramaBeans

No comments:

There was an error in this gadget