Wednesday, November 28, 2012

Sinopsis Korean Movie 'My Sassy Girl'



Hari ni tengok cite korean movie ... tajuknya My Sassy Girl ... cite ni dah lama tapi baru ari ni berkesempatan nak tengok dan buat sinopsis nya ... hehe ... heronya sama ngan hero cite My Girl And I ... hero tak berapa nak ensem ... lawak-lawak citenya tapi nasib baik cite My Sassy Girl ni tak sedih di akhirannya ... hehe  jadi, jom layan sinopsis cite My Sassy Girl ni ...

Korean Movie ... My Sassy Girl

Sinopsis oleh : aznanie

Gyeon Woo seorang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Bertemu dengan seorang gadis mabuk sewaktu menaiki tren. Gadis itu memanggilnya honey sebelum rebah dan pengsan. Gyeon Woo terpaksa membawa gadis itu ke motel kerana tidak tahu di mana gadis itu tinggal. Sedang Gyeon Woo mandi, datang 2 orang polis wanita menyangkakan dia perogol dan dia dimasukkan di dalam penjara.


Sedang Gyeon Woo berehat di rumah, gadis itu menelefonnya untuk bertemu. Gadis itu sangat agresif pada pandangan matanya. Selalu memarahinya dan memukulnya. Tetapi di suatu saat, gadis itu menjadi seorang yang penyedih danmenangis di hadapanya. Gyeon Woo memberikan gadis itu saputangannya.


Ulang tahun kelahiran gadis itu tiba. Gadis itu mahukan Gyeon Woo membuat sesuatu untuk meraikan ulang tahun kelahirannya. Gyeon Woo mengupah rakannya untuk membuat suprise di taman permainan pada waktu malam. Sedang mereka mencuri masuk ke dalam kawasan taman itu, mereka terserempak dengan seorang askar yang patah hati kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain. Mereka berdua dijadikan tawanan. Sekumpulan askar sudah berkawal di sekitar taman itu untuk menangkap si penjahat itu. Gyeon Woo meminta askar itu melepaskan gadis itu. Askar itu tidak mahu pada mulanya, tetapi bila Gyeon Woo meminta askar itu melepaskan dirinya, askar itu bersetuju untuk membebaskan gadis itu. Setelah gadis itu keluar, dia dibawa ketempat yang selamat. Gyeon Woo memberitahu askar itu yang dia tahu jalan keluar dari situ. Askar itu mempercayainya dan mengikutnya. Sedang mereka berjalan keluar, kelibat mereka disedari oleh kumpulan askar yang berkawal di luar, askar yang mengamuk itu terus mengacukan senapang ke arah Gyeon Woo. Penembak curi terus menembak ke arah askar yang mengamuk itu tetapi tidak mengenai sasarannya. Gadis itu meminta tidak menembak ke arah askar yang mengamuk itu. Dia memujuk askar itu dan ternyata pujukannya berjaya melembutkan hati askar yang mengamuk itu dan dia melepaskan Gyeon Woo pergi. Gyeon Woo yang telah selamat itu memeluk gadis itu dan di saat itu bunga api dihidupkan dan askar itu memberitahu yang hari itu adalah ari lahirnya. Gadis itu bertindak memukul Gyeon Woo kerana memeluknya dan membuatkan hari lahirnya menjadi kusut.


Perhubungan mereka menjadi rapat tetapi mereka bukan bercinta. Gyeon Woo senang menemani gadis itu kemana sahaja. Walaupun bersama gadis itu dia selalu disakiti dan di malukan. Setiap permintaan gadis itu di turuti walaupun menyakitkan dan memalukan dirinya.


Gadis itu menyuruh Gyeon Woo menulis sepucuk surat kepadanya. Dan mereka pergi ke suatu tempat. Di bawah sepohon pokok, mereka menanam surat yang mereka tulis itu. Mereka berjanji untuk bertemu di situ 2 tahun akan datang. Perpisahan pun terjadi antara mereka.


Dalam masa 2 tahun itu, Gyeon Woo memantapkan dirinya. Dia berlatih bermain squash, berenang dan bermain pedang. Dia juga menulis sebuah skrip dan berjaya menarik perhatian pengarah filem. Gyeon Woo tidak sabar menanti 2 tahun itu berakhir kerana dia begitu merindui gadis itu.


Tiba hari yang dijanjikan. Gyeon Woo tiba tepat pada waktu yang mereka janjikan dulu. Dia menunggu dan menunggu tetapi gadis itu tidak datang juga. Akhirnya, dia pasrah yang gadis itu tidak akan datang menemuinya lagi. Dia mengorek tanah dan mengeluarkan surat yang ditulis oleh gadis itu. Surat itu adalah curahan hati gadis itu tentang kehidupanya. Gadis itu memberitahunya lelaki yang dicintainya telah mati. Pada hari Gyeon Woo menemuinya itu adalah ulang tahun kematian kekasihnya itu. Dia cuba mencari kekasihnya dalam diri Gyeon Woo. Dia sengaja menyuruh Gyeon Woo melakukan perkara yang sama yang dilakukan oleh kekasihnya dulu tetapi dia rasa bersalah pada kekasihnya yang dah mati itu. Semakin dia merapati Gyeon Woo semakin tebal rasa bersalahnya, jadi untuk menghilangkan rasa bersalah itu dia harus berpisah dengan Gyeon Woo. Dia mahu apabila mereka bertemu kembali, perasaannya hanya pada Gyeon Woo seorang sahaja. Gyeon Woo terpaksa menerima keadaan itu.


Setelah 3 tahun berlalu, gadis itu kembali ke pohon itu. Dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang duduk di bawah pohon itu. Gadis itu bercerita kisahnya kepada lelaki tua itu. Lelaki tua itu memberitahunya yang pokok yang ada sekarang bukanlah pokok yang dahulu, kerana pokok yang dahulu sudah mati dipanah petir. Yang ada sekarang adalah pokok baru yang ditanam oleh seorang lelaki yang tidak mahu gadis kesayangannya kecewa apabila mendapat tahu pokok itu telah tiada di tempatnya. Tahulah gadis itu yang lelaki yang dimaksudkan lelaki tua itu adalah Gyeon Woo.


Gadis itu menaiki tren sama seperti waktu dahulu. Setelah dia menaiki tren itu, dia tidak meyedari Gyeon Woo berada di luar pintu tren tidak dapat masuk kerana pintu tren telah tertutup. Gadis itu berjumpa dengan ibu kekasihnya yang telah mati itu. Rupanya ibu kekasih dia tu adalah makcik Gyeon Woo. Mereka bertentangan mata. Dan fahamlah mereka bahawa sejauh mana pun mereka terpisah, jika sudah tersurat mereka ada jodoh pasti mereka dapat bertemua kembali. Tamat ... 


* Best giler la cite ni .. walaupun macam tak de cite sangat yang nak disampaikan .. kisah biasa-biasa aje ... tapi tetap best ... hero ni still buleh terima walau apa pun yang heroin buat kat dia .. hehe .. rupanya kekasih gadis tu sepupu si hero ... patut ler heroin pernah cakap dia cari kekasih dia dalam diri hero tu .. lagi satu yang buat kejutan masa lelaki tua tu duduk kat pokok, pastu heroin tu datang .. aku ingatkan hero dah jadi tua, yang datang tu anak si heroin .. haha .. rupanya heroin tu datang lewat setahun dari tarikh yang dia janjikan ngan hero tu ... tapi kalau dah jodoh diaorang jumpa jugak akhirnya .. huhu .. best akhiran nya tak sad ending .. haha ... cam ni ler baru best ...

No comments:

There was an error in this gadget