Wednesday, November 28, 2012

Iljime



pinjam dari korean drama
Minggu lepas selesai menonton drama Iljime. Tetapi sayangnya tiada episod terakhir. Maksudnya terpaksa tunggu NO3 balik untuk menonton episod terakhir.
Sama seperti drama Swallow The Sun. Menunggu dengan penuh kesabaran sehingga bulan April nanti.
Iljime, drama lakonan Lee Jun Kii yang memegang watak Ryung. Berlatarbelakangkan zaman dahulu kala, seperti drama Sung Kyun Kwan Scandal. Jalan cerita yang agak sedih. Konsepnya seperti Robin hood. Pencuri yang baik.
Ryung mencuri sebagai mengaburi niat sebenarnya iaitu mencari pedang yang telahmembunuh bapanya. Ingatan kembali pulih selepas 13 tahun. Dia mencari orang yang membunuh bapanya untuk membalas dendam.
Lebih kurang seperti drama Swallow The Sun dan Bad Guy. Bezanya bukan membalas dendam terhadap ahli keluarga tetapi orang yang membunuh ahli keluarganya. Cerita yang penuh aksi walaupun ada diselitkan dengan unsur percintaan.
Menonton drama ini membuatkan aku terfikir, bagaimanakah orang zaman dahulu membuat ais? Aku pernah menonton game show 2 days 1 night. Disebabkan cuaca yang sejuk, permukaan air yang dibiarkan semalam akan menjadi ais.
Aku cuba untuk mencari cara atau kaedah bagaimana mereka membuat blok ais yang besar. Kadang-kala menonton drama korea memberi kita maklumat dan info. Bukan sekadar sebagai hiburan semata-mata.

No comments: