Wednesday, November 28, 2012

tiPs kAwen .. ;D


senarai semak
Persediaan bergelar pengantin baru zaman ini tidak seperti dulu. Setiap bakal pengantinsudah bijak merancang apa yang bakal mereka inginkan ketika melangsungkan majlis yang bakal meninggalkan kenangan yang indah itu.
Walaupun apa bentuk dan tema majlis yang dirancang sebaiknya “ukurlah baju dibadan sendiri”. Majlis yang penuh makna tidak semestinya mewah. Biar sederhana asalkan semua yang dirancang, berjalan lancar.
Semua pihak gembira dan merestui kamu berdua, ikuti dan tips dan panduan yang dihimpunkan dan insyaallah, ia dapat membantu perancangan anda.. :)
 
12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan
1.Pilih tarikh utk majlis nikah dan sanding.
2.Cari dan pilih lokasi utk majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan(Katering)
3.Menentukan gaya serta tema utk sanding.
4.Mulakan utk bt bajet.
5.Memilih perancangan majlis perkahwinan yg terbaik dan ikut ler kemampuan korag yeee..
6.Dah boleh mengumpul nama tetamu.
7.Memilih pengapit,pengiring serta pengacara majlis.
8.Memilih cincin pernikahan.
9.Memilih kek pengantin.
10.Memesan cenderahati untuk tetamu.
 
5 Bulan Sebelum Majlis perkahwinan
1.Menyelesaikan semua urusan persandingan(Bayar deposit,Pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian)
2.Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan.(Kad Undangan, Kek Kawin, Jurugambar, Jurusolek dan Lain-lain)
3.Menghubungi kadi dan pej agama islam.
4.Menghubungi saksi pernikahan.
5.If ada duit pergi la buat rawatan kat spa yeee..
 
2 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan
1.Menyenaraikan nama tetamu.
2.Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis.
3.Cari tempat utk honeymoon.
4.Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh.
5.Memastikan rawatan spa secara intensif.
6.Memastikan bunga telur dan cenderahati yg ditempah siap.
7.Memastikan ukuran baju anda sesuai dgn bentuk badan.
 
1 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan
1.Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh.
2.Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
3.Berbincan dng jurufoto konsep gambar yang anda inginkan.
4.Menempah penginapan utk percutian honeymoon.
5.Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap.
6.Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung.

No comments:

There was an error in this gadget