Wednesday, November 28, 2012

city hunter ;d


*took it from Lee MinHo Fan Page*
Scandal lama muncul kembali.hihi. Scandal lama aku bernama Lee MinHo. Menjadi kekasih aku selepas drama Boys Over Flowers[review and download]. Pastu percintaan kitaorang bersambung kembali walaupun kejap dalam drama Personal Taste yang aku tak habis habis tengok sampai sekarang sebab cerita dia slow sedikit.

Dan sekarang, baru habis bercinta dengan Lee MinHo dalam City Hunter. Sibuk tengok City Hunter sampai malas nak updated blog. Sampai malas nak online langsung lah. Start tengok City Hunter dari hari Sabtu lepas masa first puasa tu. Baru habis tengok hari Jumaat. Dekat seminggu jugak lah eh nak habiskan 20 episode. Dulu tengok Boys Over Flowers pun dekat seminggu baru habis.

Woi. City Hunter memang lain dari lain. Bukan 100% based on love story. Lebih kepada aksi. Yang pasti Lee MinHo tak mengecewakan aku macam dalam Personal Taste. Bagi aku sendiri Personal Taste cerita dia sangat slow sampai aku berhenti tengok. Nanti lah ada masa aku tengok balik Personal Taste dari first episode.

Kali ni aku dah obses semula dengan Lee MinHo lah weh. Matilah nanti siang pagi malam membebel bebel pasal Lee MinHo. HAHAHAHAA! Aku perhatikan sangat Lee MinHo sebagai Yun Seong dalam cerita tu. Dia tak pakai stokin dalam cerita tu. Style Lee MinHo dalam tu pakai v-neck shirt dengan jacket. Memang sangat auuummm! Body shape Lee MinHo memang cantik. woot woot! Agak agak laki malaysia berani tak pakai seluar kaler pink atau purple kat public? Tak ada punyaaa. Lee MinHo je berani pakai. 


*kau mampo ada badan macam ni? Tak mampo diam*

Tapi ending City Hunter tak berapa nak best lah. Memang happy ending. Lee MinHo tak mati dalam drama tu. Tapi kenapa perlu Kim Yeong Jun mati woi? Sedih. Kalau dia tak mati, dah tentu dia boleh kawin semula dengan bekas isteri dia tu :'( Maka menangis lah aku depan laptop. Tears drop down.

City Hunter pun dah habis tengok. Pasni nak tengok cerita apa? Cerita lain macam tak best je bila bukan Lee MinHo yang berlakon dalam tu.hoho. Korang boleh tengok drama ni secara online kat mysoju[link]. Kalau tak pun download dramanya kat sini[link]. Pandai pandai lah ye cantumkan subtitle dia dengan drama dia. Mudah je. Terei google cara dia :) 


siapa dah tengok habis City Hunter ni?

No comments: