Wednesday, November 28, 2012

Scent of a Woman


Tengah gigih marathon Scent of a Woman. Kalau kau kau kau friend aku dalam Facebook, dah tentu nampak aku emosi dan menangis pasal cerita ni kat status. Ah.. dah malas nak main Twitter. Sebab tu malas nak buat live update pasal cerita tu kat Twitter :D Kalau bukak pun kejap je. Tu pun nak tengok tweet Chansung 2PM. kahkahkah!

Anyway, bila aku tengok cerita.. aku akan jadi mata tajam. Kadang-kadang tu benda yang orang tak perasan dalam cerita tu.. aku boleh nampak. Aku suka menghayati cerita tu kot. Aik kalau suruh study malas plak kau nak menghayati notes kau kan amoi. KAHKAHKAH!

Heroin tu tengok Running Man episode 50 ^^ Episode ni aku sangat ingat sebab Running Man dah start Asia Tour dorang kat Thailand dulu. Nak nak plak episode ni ada Nichkhun sebagai guest.

Heroin dia time selak magazine. Eh eh.. muka Jaejoong kan tu. Tengok sebelah dia ada nama SeungHo yang dalam MBLAQ tu kan. Aku tak ingat ni episode mana. Tapi episode ni time heroin dia kena saman kononnya dia curik cincin Wilson.

Aku tahu scene ni sangat cantik dan romantik. Tapi woi tak sakit bontot ke si heroin duduk atas basikal macam tu. And tak bahaya kah buat aksi macam tu? Boleh jatuh kot kalau si lelaki tu tak pandai kawal handle basikal tu. Masih sempat lagi tu depa kiss atas basikal.

Trivia:
Tahu tak ringtone apa yang Kang Ji Wook pakai untuk henfon dia tu? Aku rasa ringtone dia sangat best. Jadi aku pun gigih tanya abang Google. Lagu ni dia pakai : Another Day by Buckshot LeFonque. Aku akan guna lagu ni untuk jadikan ringtone phone aku. *gediks*


Kalau ringtone Lee Yeon Jae plak dia pakai lagu ni : - Hawaiian Couple by Humming Urban Stereo. 


Henfon yang dorang pakai bukan Iphone. Kita selalu ingat asal touchscreen je Iphone. Sebenarnya bukan. Kang Ji Wook dengan Lee Yeon Jae pakai jenis henfon yang sama cuma kaler je yang lain. Depa pakai Samsung Galaxy S2. Haruslah kan pakai Samsung. Dah kata Samsung tu Korea punya ^^

Ah masih belum habis tengok Scent of a Woman. Mungkin akan update lagi entri ni kalau aku jumpa scene yang menarik ^^. Lagi 5 episodes nak habis dah~

No comments:

There was an error in this gadget