Wednesday, November 28, 2012

The Princess's Man

Hai semua!!

Title: 공주의 남자 / Gongjooeui Namja
Genre: Period, romance
Episodes: 24
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2011-Jul-20 to 2011-Oct-06
Air time: Wednesday & Thursday 21:55


Synopsis: A tragic love story between the daughter of Prince Suyang and grandson of Kim Jong Seo. The son of Kim Jongseo, Seungyoo, is a handsome and wise man who carries a noble quality. Princess Seryeong, a daughter of King Sejo, aka prince Sooyang, is a cheerful, lively lady with a strong curiosity and bold personality. They fall in love instantly but later they find out that their parents are sworn enemies. It's a Chosun dynasty version of “Romeo and Juliet”.
Aigoo. Aku dah habis pun tengok The Princess's Man(TPM). Tak sangka weh. Aku tak suka sangat tengok cerita historical drama korea sebenarnya. Bagi aku sangat boring macam cerita Jewel In The Palace dulu tu. heeheee. Tapi jalan cerita TPM buat aku melekat terus lepas tengok Episode 1. Masa episode 1 dah tayang hero (Seung-Yoo) mati. Aku mula fikir ada 24 episodes. Macam mana ni. Baru Episode 1. LOL.

*Pembukaan Episode 1*

*camera effect dia lawa. lagu latar dia pun saspen*

Lepas tu dia flash back kejap lah macam mana dia kenal Se-Ryung and end up hampir dibunuh masa episode 1. Bapak Se-Ryung (Su-Yang) ni nak sangat jadi Maharaja waktu tu. Tapi tak dapat sebab abang first dia yang jadi Maharaja. Biasalah kan kalau zaman dinasti macam tu biasanya anak lelaki pertama dalam sebuah keluarga diraja yang jadi Maharaja. Tapi sampai satu tahun tu, Maharaja sakit. Dan mungkin akan beri title Raja tu kepada anak lelaki dia yang berumur 12 tahun. Masa ni lah Su-Yang ambik kesempatan nak jadi Maharaja.

Waktu tu bapak Seung-Yoo(Kim Jong Seo) tu General ke apa tah. Kira macam orang kuat untuk Maharaja yang sakit tu. Kim Jong Seo pun sedaya upaya halang Su-Yang untuk rampas title Maharaja tu. Last-last Su-Yang bunuh Kim Jong Seo depan mata Seung-Yoo sendiri. Masa tu Seung-Yoo belum tahu yang Se-Ryung perempuan yang dia sayang gila-gila tu ialah anak kepada Su-Yang. Sampailah satu waktu ni, Seoun Yoo nampak Se-Ryung dalam rumah Su-Yang dan dia tahu Se-Ryung anak kepada pembunuh bapak dia :(

*Episode 21. Seung-Yoo larikan Se-Ryung dari rumah Shin Myun*

Seung-Yoo : If you follow me, there will be an endless road of hardship.
Se-Ryung : Even if it's a road to death, I will still follow you.

Lepas tu Seoung Yoo bangkit untuk balas dendam demi bapak dia untuk bunuh Su-Yang yang waktu tu dah jadi Maharaja. Macam mana dia dapat jadi Maharaja? Kena tengok sendiri lah.

Se-Ryung masa tu serba salah. Nak pilih bapak dia sendiri atau Seung-Yoo yang akan bunuh bapak dia tak lama lagi. Tapi lepas tahu segala kejahatan bapak dia tu, Se-Ryung sanggup putuskan hubungan ayah dan anak dengan Su-Yang dan pergi kepada Seung-Yoo. Tapi cerita tak habis macam tu je walaupun hubungan ayah dan anak dah diputuskan. Sebab tu cerita ni mampu habis sampai episode 24 :D

*Masa nak last-last episode 22. Lepas ni dorang kena berjauhaan lagi :'(
My tears drop for this scene*


*Episode 23. Mestilah Se-Ryung setuju kan jadi bini Seung Yo :')*

Dalam cerita ni bukan setakat kisah cinta ala-ala Romeo and Juliet antara Seung-Yoo dengan Se-Ryung sahaja, tapi kisah persahabatan yang ada dalam tu. Paling kesian Shin Myun dalam ni. Kesian dengan dia walaupun dia khianat kawan baik dia sendiri iaitu Seung-Yoo dalam cerita ni. Sampai sanggup bunuh Seung-Yoo sebab Su Yang suruh. Tapi cara dia mati tu sedih sangat. Dia selamatkan Seung-Yoo dalam satu pertempuran dan dia mati dalam pertempuran tu.

*Episode 24. Hoi. Kat part ni laju je air mata aku turun. 
Ingatkan betul betul mati macam Romeo and Juliet*

Akhirnya selepas selama hampir 3 bulan aku 'bercinta' dengan cerita ni, dah habis pun sebenarnya minggu ni. Apa ending dia? Aku summarize je lah eh. Nak tahu lagi detail kena lah tengok drama ni. HEHE.

Lepas 2-4 tahun Seung-Yoo buta dan lupakan semua dendam dia tu and live happily ever after dengan Se-Ryung dengan anak perempuan dorang :') Su Yang tak mati sebab kalau ikut sejarah Korea yang betul tu, Su Yang tak akan mati dibunuh sebab tu Seung-Yoo tak berjaya bunuh Su Yang. Su Yang pun dah tua masa tu and sakit. Dah malas nak kejar couple tu. And let it go.

*happily ever after*



Pakaian dan gaya rambut ala-ala ninja ni aku tak akan lupakan *mata bersinar sinar*. Dipercayai gambar ini diambil sendiri oleh beliau sendiri masa nak tunggu giliran dia shooting untuk drama ni.

Park Si Hoo sangat hensem dalam cerita ni. Lepas ni aku nak tengok cerita Prosecutor Princess sebab Park Si Hoo berlakon :D Kalau bosan-bosan aku akan marathon semula drama ni. HEHE.

Nak download tak cerita ni? Boleh lah download dari website Doramax264 [link]. Selama hampir 3 bulan aku download dari sana dan subtitle ambik dari forum Darksmurfsub.

Ada dua soundtrack dari drama ni yang menarik perhatian aku :D

1. One Day of Love by Park Wan Kyu



2. Resent you, love you by Shin Hye Sung



Info via DramaWiki.
I have a nice ride with The Princess's Man for almost 3 months :')

No comments:

There was an error in this gadget