Wednesday, November 28, 2012

Can’t Lose



pinjam dari korean drama
Akhirnya selepas dua minggu mood untuk menonton MIA. Seriously, drama ni best. Banyak beri aku pengetahuan. Sinopsis boleh baca di Can’t Lose @ Korean Drama.
Mula-mula sebab utama aku nak menonton adalah Oska Oppa, yang berlakon Secret Garden tu. Tapi so far jalan cerita ok. Pendapat aku, antara Can’t Lose dengan I Need A Romance, aku pilih Can’t Lose walaupun aku nak sangat tengok lakonan Kim Jung Hoon. INAR aku tengok episode satu je.
Dari episode satu dah mula gelak. Tapi biasalah, mana ada semuanya happy, harus ada partyang sedih. Yang buat aku nak tergelak guling-guling di episode 14. Bukan sebab aksi yang lucu ke apa, tapi sebab terkejut dengan kemunculan Uhm Ki Joon. Dah la watak dia sama macam dalam drama Scent of A Woman.
Pengajaran yang aku dapat dari drama ni adalah, apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah komunikasi, tolak ansur, berterus terang dan saling memahami. Dari drama ni jugak aku boleh faham sedikit tentang lelaki.
Bagi aku drama ni sangat sesuai ditonton oleh pasangan yang sudah berkahwin dan yang bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

No comments: