Wednesday, November 28, 2012

Sinopsis Korean Movie 'My Girl And I'



Baru-baru ni tengok korean movie .. tajuknya My Girl And I .. diawal cite memang kelaka .. heronya memang hero lawak selamba ... tak kering gusi ketawa ... tapi akhiran yang menyedihkan ... biasalah hero cite nih kalau berlakon mesti heroin dia kena penyakit kanser .. hehe ... heroin cite My Girl And I ni pun kena kanser darah atau lebih dikenali dengan penyakit leukemia ... heroin mati dan hero terbelenggu dalam cinta itu ... biar bertahun cinta mereka tetap utuh ... wahhhh ... setia gilerrr .. jadi, jom layan sinopsis korean movie My Girl And I ni ...
Korean Movie My Girl And I

Sinopsis oleh : aznanie

Kisah percintaan di antara Su Ho dengan Su Eun. Su Eun pernah menyelamatkan Su Ho dari mati lemas di lautan tetapi Su Ho tidak mengetahui akan perkara itu. Su Eun tidak memberitahu perkara itu kepada Su Ho. Kerana menyelamatkan Su Ho, Su Eun kehilangan beepernya.


Datuk Su Ho adalah seorang pembuat keranda dan bertanggungjawab dalam hal-hal menguruskan kematian. Sewaktu kedatangan Su Ho, datuknya berada di dalam keranda. Su Ho terkejut apabila melihat datuknya bangun dari keranda itu. Dia menyangka datuknya membuat keranda itu untuk dirinya sendiri padahal datuknya sedang mengukur keranda itu untuk pelanggannya. Datuknya memarahinya kerana Su Ho seakan-akan mahukan dirinya mati cepat.


Su Eun dan Su Ho adalah rakan sekelas. Di kelasnya, Su Eun adalah seorang gadis yang sangat cantik. Ramai yang mahu berdampingan dengannya. Tindakan Su Eun mahu merapatkan diri dengan Su Ho menjadi kemarahan jejaka lain. Akhirnya, mereka menjadi rapat.


Datuk Su Ho menceritakan kepada mereka tentang cinta pertamanya. Su Ho menyangka cinta pertama datuknya adalah neneknya tetapi dia tersilap. Cinta pertama datuknya tidak kesampaian. Datuknya meninggalkan gadis yang dicintainya untuk berperang. Di saat perpisahan, datuk Su Ho ada memberikan kalungan kepada gadis itu. Mereka terpisah. Apabila datuk Su Ho kembali, dia menghadiri pengkebumian mendiang suami gadis yang dicintainya itu tetapi gadis itu hanya menangis tanpa memperdulikannya. Dia tidak tahu samada gadis itu masih mencintainya atau sudah melupakannya.


Su Eun teruja mendengar kisah percintaan datuk Su Ho itu. Su Eun sering membahaskan perkara itu dengan Su Ho di dalam kelas dan akibat dari perkara itu mereka didenda di luar kelas. Perhubungan mereka semakin rapat, ibubapa Su Eun tidak mengetahui akan perkara itu. Su Eun ada memberitahu yang bapanya sangat garang.


Rakan-rakan Su Ho bercadang mahu bercuti di sebuah pulau, mereka merancang untuk pergi berempat. Setelah Su Ho dan Su Eun berada di jeti, mereka berdua tidak datang. Sebenarnya sememangnya mereka merancang untuk membiarkan Su Ho dan Su Eun pergi berdua. Akhirnya hanya mereka berdua yang pergi ke pulau itu. Di situ mereka menikmati pemandangan yang cukup cantik. Su Eun ada menyemai benih bunga di situ dengan harapan suatu hari nanti dia dapat melihat adakah benih itu bercambah menjadi bunga yang cantik di situ. Dia merahsiakan perkara itu daripada pengetahun Su Ho. Dia menulis di dalam diarinya tentang perkara itu. Setelah beberapa hari di situ, sedang mereka bercadang untuk pulang, Su Eun jatuh pengsan. Su Ho mengendong Su Eun hingga ke jeti. Sesampai di jeti, ibubapa Su Eun pun sampai di situ. Bapa Su Eun sangat marah dan menampar Su Ho.


Kerana kejadian itu Su Eun di masukkan ke hospital. Su Ho mencuri-curi datang melawatnya takut terserempak dengan ayahnya. Suatu hari, Su Ho terserempak dengan ibu Su Eun sedang menangis di tangga hospital. Dia bergegas masuk ke dalam bilik Su Eun. Ayah Su Eun sedang memegang baju Su Eun. Su Ho bertanyakan kepada jururawat tentang Su Eun dan dia diberitahu Su Eun menghilangkan diri dan secara tidak sengaja Su Ho terdengar jururawat itu menyebut tentang Su Eun yang menghidap penyakit leukemia. Su Ho berlari mencari Su Eun. Di carinya serata tempat yang menjadi kegemaran Su Eun tapi tidak bertemu. Sehinggalah Su Ho pergi ke rumah datuknya, terperanjat diaapabila melihat Su Eun bangun dari salah satu keranda yang terdapat di situ. Su Ho membawa Su Eun kembali ke hospital.


Anak kekasih pertama datuk Su Ho datang bertemunya. Dia menyampaikan amanah terakhir ibunya supaya mayatnya di siapkan oleh datuk Su Ho. Datuk Su Ho bersetuju dan mereka bertolak ke rumahnya. Datuk Su Ho berasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan lebih awal. Dan dia amat berterima kasih kerana kekasih pertamanya itu tidak pernah melupakannya sehingga ke akhirnya.


Su Eun sedih kerana keadaan dirinya semakin lemah. Rambutnya mulai berguguran dan dirinya di letakkan di dalam tirai supaya tidak terdedah kepada persekitaran tercemar. Su Ho berasa sedih melihat keadaan Su Eun yang begitu. Dia berpura-pura ke bilik air dan menangis di situ.


Su Ho berhasrat membawa Su Eun ke pulau yang mereka kunjungi dahulu. Dia sudah membeli 2 keping tiket ke sana. Kebetulan Su Eun memang berhasrat mahu ke sana. Mereka berdua sampai ke jeti tetapi malangnya tiada feri atau kapal yang mahu ke sana kerana keadaan laut bergelora memandangkan musim hujan dan angin kencang. Su Ho berusaha memujuk pekerja di situ tetapi gagal. Su Eun yang duduk menanti Su Ho sudah semakin tenat. Dari jauh dia hanya melihat kelibat Su Ho dalam samar-samar. Dia tahu masanya hampir tiba. Su Ho berhadapan dengan Su Eun. Dia meminta maaf kerana tidak berdaya untuk memenuhi permintaan terakhir Su Eun itu. Sedang Su Ho bercakap-cakap, Su Eun rebah di hadapan Su Ho. Tahulah Su Ho yang Su Eun sudah tiada lagi.


Selepas beberapa tahun, Su Ho kembali ke pulau itu. Dia menjelajahi tempat-tempat di mana dia dan Su Eun pernah pergi dahulu. Di rumah tumpangan itu dia terjumpa dengan beg kepunyaan Su Eun. Di dalam beg itu ada sebuah diari. Dia membaca isi diari itu. Su Ho melihat tebing yang di tabur benih bunga oleh Su Eun dahulu. Alangkah cantiknya bunga-bunga yang tumbuh di sekitar tebing itu. Itulah benih bunga yang ditabur oleh Su Eun dahulu. Tamattt ....


Para pelakon :
Cha Tae Hyun sebagai Su Ho
Song Hye Kyo sebagai Su Eun

* Jalan cite yang menarik ... simple .. but sad ending ... kesian heroin mati .. tinggallah hero keseorangan mengenang cinta yang tidak kesampaian ... hehe .. apa pun cite ni memang lawak di awal cite ... and siyes sedih sangat di akhirannya ... tapi puas hati jugak ler walaupun sedih ... air mata pun mengalir jugak lahhh ... menghayati tuuuu ... hehe

No comments:

There was an error in this gadget