Wednesday, November 28, 2012

seCret gArden :D


dah habis pun tengok cerita ni. Ingatkan akan give up masa mula mula tengok episode dia. Sebab episode 1 - 4 bagi aku boring. Mungkin episode macam tu Hyun Bin lebih kepada monolog dalaman dan scene dia dengan heroin dia tak ada sangat.

Lepas tu masuk episode 5 baru best. Time dorang tukar badan episode dia dah mula best. Roh Joo Won akan masuk ke badan Ra Im dan roh Ra Im akan masuk ke badan Joo Won. Terbahak-bahak aku ketawa tengok episode 5 - 8. Lagi lagi time Joo Won (dalam badan dia ialah Ra Im) ajar Ra Im (dalam badan dia ialah Joo Won) pakai bra.


dan kiss ini sangat kelakar. Man-to-man kiss. kahkahkah! Oska ingat dia kiss Joo Won tapi sebenarnya dia tengah kiss Ra Im sebab roh Ra Im masih dalam badan Joo Won.


Aku memang suka episode masa dorang tukar badan. Start episode 9 dorang dah kembali kepada asal, episode dia a bit boring balik. Tapi masuk episode 11 dia best balik. Cerita ni ada naik ada turun. Dari episode 11 sampai lah episode last dah tak boring. Tiba tiba excited nak tengok episode next dan next dan next. Memang terbaring je aku kat atas katil sepanjang hari T_T

Dan reaksi pada wajah Director Im sangat menakutkan time dia dah mula rasa Ra Im bukan Ra Im. It give me a goosebumps tengok muka dia macam tu. T_______T Sebenarnya kalau pandang dari sudut lain, dia ni hensem juga kan? Misai dia sesuai dengan muka dia. dan rambut dia ngam ngam dengan bentuk wajah dia. Nampak macho kot.


And the best scene bagi ialah scene masa Joo Won terperangkap dalam lift. Joo Won ada fobia ni, dia tak boleh berada dalam ruang yang sempit dan tertutup macam dalam lift. Kalau tak, nanti dia sesak nafas dan pengsan. Hyun Bin memang boleh berlakon dalam scene macam ni. Menjadi lakonan dia ni. Aku sampai rasa nak lari masuk dalam cerita ni lepas tu selamatkan dia.


Budak-budak ni sangat comel. Ini anak Ra Im dengan Joo Won lepas 5 tahun. kehkehkeh.


Cerita ni happy ending walaupun mak Joo Won masih belum dapat terima Joo Won dengan Ra Im dah kawin. I guess ending dia bittersweet kot? :D Secret Garden ada naik turun dia. Kejap kau akan rasa excited nak tengok next episode. Lepas tu kau akan hilang excited kau kejap. Macam tu lah =..=

But overall, this show is worth to watch :D

No comments:

There was an error in this gadget